Khamis, 15 Ogos 2019

Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan

Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan

Pagi pagi jika sampai awal ke KL, kami singgah di gerai makan bersebelahan dengan Balai Polis Bukit Aman atau sebelah tempat meletak kereta yang berhadapan dengan Taman Rama Rama. Kebetulan sampai awal kerana ramai orang masih bercuti raya dan cuti sekolah, jadi kami terus ke sana untuk bersarapan. Kebiasaannya nasi berlauk yang disediakan berlaukkan gulai ayam. Hanya hari Isnin disediakan sekali gulai ikan tongkol. 


Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan

Tapi pagi tadi, saya bernasib baik kerana mereka menyediakan lauk gulai ikan tongkol untuk tempahan. Jadi dia memberikan saya bahagian kepala ikan, baki dari tempahan. Sedap sangat sangat. Itulah kalau dah orang Kelantan, mana pergi pun mesti nak mencari nasi berlauk. Kalau dah rasa sedap, memang wajib lah saya merisik bahan bahan dan cara memasak. Tinggal dibandingkan sahaja dengan resepi yang memang telah ada dalam kepala saya. 

Gulai kuning lauk nasi berlauk ini juga dikenali sebagai gulai Kunyit Kkuas di Kelantan. Semasa kecil di kampung dulu, bab menumbuk bahan bahan inilah yang saya agak malas. Berat batu lesung dan lama ditumbuk untuk ianya benar benar halus. Inilah gulai yang dimasak oleh keluarga saya untuk ikan. 

Adakala ikan dilumur dengan garam terlebih dahulu dan dibiarkan seketika sebelum dimasak gulai. Untuk gulai yang ikannya digaramkan ini, biasanya menggunakan ikan duri.  Gulai ini biasanya dimasak dengan dimasukkan timun atau kacang panjang sebagai sayuran. Lagi sedap jika dimasukkan cili hijau solok, yang dikatakan memberi rasa maung pada gulai. Saya pun tak tahu apa istilah maung sebenar

Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan

Ikan pula, sedap digunakan ikan yang telah direbus dan dibiarkan semalaman. Tak kiralah ikan apa pun samada ikan tongkol, ikan kembung atau ikan selar kuning. Ikan mesti ada rasa masin dan masam, baru sedap.

Selain dimakan sebagai lauk nasi berlauk, sedap juga dimakan sebagai lauk nasi dagang Kelantan. Masukkan dua tiga biji telur rebus ke dalam gulai ini. Memang sedap. Buat sambal lada, aduhaai bertambah sedap. 

Alhamdulillah, gulai ikan nasi berlauk saya kali ini menjadi. Bukan sahaja rupanya tetapi juga rasanya. Tambah seronok, bila saya share dalam group whatsApp rakan sekolah, cikgu Roslina menulis "wah...jadi... jadi". Hahaha seronok sangat. Nasi berlauk walaupun simple makan dengan nasi putih, ikan digulai kunyit Kkuas, sambal lada dan hirisan timun tapi menpunyai kesedapan tersendiri terutama pada anak anak Kelantan di perantauan. 

Jom layan resepi di bawah ini. Boleh lihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Video ini tak sempurna, kalau nak cari video yang sempurna, bukan di channel saya. Selamat mencuba..


Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan

Gulai Kuning Kunyit Lengkuas 

Bahan bahan:
1 ekor ikan tongkol  hitam 
1/2 kg santan
1-2 keping asam keping
Garam kasar
Gula

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih 
5 tangkai cili kering - rebus atau 1 sudu besar cili kisar - untuk kuah kemerahan sahaja
1 1/2 inci lengkuas
1 1/2 inci kunyit hidup

Bahan hiasan:
Timun/kacang panjang
Lada hijau
Cili padi – jika suka

Cara cara;
Ikan direbus dengan 5-6 keping asam, segenggam garam dan ½ keping gula Melaka dengan air tenggelam ikan. Rebus sehingga air hampir kering. Ikan rebus mesti menpunyai rasa masam dan masin, baru lebih sedap.

Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Nota: resepi asal bahan kisar dimasak dengan santan sehingga mendidih dan benar benar masak. Perlu selalu dikacau bagi mengelakkan santan berketul atau di rumah kami, dipanggil gulai "beku". 

Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan

Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan

Setelah terbit minyak, masukkan sedikit air dan kacau sehingga mendidih. Setelah mendidih, baru dimasukkan santan, asam keping, garam dan gula. 

Sentiasa dikacau sehingga santan mendidih untuk mengelakkan santan dari berketul. Boleh ditambah air jika terlalu pekat.

Setelah mendidih, baru dimasukkan ikan rebus, timun, lada hijau atau kacang panjang. Masukkan juga asam keping, garam dan gula.

Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan

Masak dengan api perlahan lama lama sehingga kuah pekat dan cantik terbit minyak. Sesuaikan rasa.

Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan

Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih dan sambal sebagai nasi berlauk pagi.

Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan

Nota: 
Gulai ini lebih sedap jika ada rasa masin dan manis. Manakala ikan rebus pula mesti menpunyai rasa masin dan masam. 



1 ulasan:

Add your comment
EmoticonEmoticon