Isnin, 26 Ogos 2019

Bubur Jagung Mudah Dan Sedap

Bubur Jagung Mudah Dan Sedap

Hari ini dalam sejarah. Sejarah buat diri saya sendiri. Saya mulanya agak keberatan untuk bertugas di Kuching Rasa penat dan malas nak travel. Setelah diminta, saya akhirnya beralah. Hari di mana penerbangan kami, Amy rakan sekerja menghantar mesej yang penunpang di nasihatkan untuk tiba sekurangnya 4 jam lebih awal kerana sistem di lapangan terbang tidak berfungsi dan banyak urusan dibuat secara manual. 

Sementara menunggu, saya singgah di Golden Lounge. Kemudian saya beredar ke gate A11 yang ditetapkan. Setelah menunggu, akhirnya diberitahu perubahan ke gate 6. Kemudian diberitahu lagi bahawa penerbangan delay sehingga 3 jam. Saya kembali ke Golden Lounge untuk menunaikan solat. Selepas minum, saya check dengan receptionist di kaunter yang memberitahu waktu penerbangan adalah pukul 10.30. 

Setelah lama di situ, saya check lagi sekali dan diberitahu bahawa waktu penerbangan baru ialah pukul 11.00. Saya kemudian berjalan ke gate A9 yang dimaklumkan. Setelah masuk dalam plane, baru diberitahu yang saya telah tersilap flight. Aduhai. Kami kemudian dibantu oleh staff bergegas keluar untuk mencari gate sebenar. Tapi staf MAS sendiri tercari cari gate. Setelah berjaya dikesan, rupanya plane baru sahaja berlepas. Terpaksa saya berjalan ke kaunter pertukaran untuk mencari tiket seterusnya. Malam itu kami diberikan hotel di Nilai Spring dan pukul 5 pagi bertolak ke KLIA untuk penerbangan pukul 7.50 pagi. 

Pengajarannya ialah jangan mengambil mudah. Setelah check, saya sepatutnya terus menunggu di gate yang ditetapkan. Maklum bila segala urusan dibuat secara manual, kemungkinan berlaku silap dan salah faham akan ada. Saya sangat kepenatan berjalan ke sana sini dengan waktu rehat yang tidak mencukupi. Kali pertama saya ketinggalan penerbangan dalam hidup saya. 

Bertambah sedih bila semasa menunggu penerbangan balik dari Kuching, berkenalan dengan Dr Yusnita, seorang penumpang flight yang saya tertinggal. Dr Yusnita memberitahu memang ada satu tempat kosong di 1A yang memang seat saya. Rupanya kapaterbang menunggu saya sehingga pukul 11 malam dengan crew member tercari cari dan beberapa kali membilang penumpang di dalam pesawat. 

Bubur Jagung Mudah Dan Sedap

Andai kata staf yang bertugas di gate A9 menyemak boarding pass saya sebelum mengoyaknya, pasti saya masih ada waktu. Andai kata pramugara di pintu kapaterbang menyemak flight di boarding pass saya, pasti saya masih punya waktu. Ketika saya menyedari kesilapan flight, jam menunjukkan pukul 10.50 malam. Mereka menyuruh saya menunggu. 

Andai saya terus keluar, pasti saya masih punya waktu. Sebenarnya ada satu tempat kosong di kelas business untuk saya dalam penerbangan baru. Mereka meminta saya kembali ke dalam plane. Tapi saya tidak sampai hati untuk meninggalkan rakan saya. Lebih lebih lagi memikirkan waktu ketibaan yang lewat malam. 

Bubur Jagung Mudah Dan Sedap

Aduhaai memang tak boleh move on lagi. Andai itu andai ini. Tapi secara jujur, saya tidak mahu menyalahi orang lain semata mata tapi ianya adalah kesalahan diri saya sendiri. Pastinya kejadian ini akan kekal dalam ingatan dengan iktibar dan pengajarannya. Sekarang kita masuk pula bab masakan dan resepi. 

Bubur jagung ini sangat sedap dan mudah sahaja disedikan sebagai hidangan petang buat keluarga kita. Kalau beli di kedai, pasti harganya mahal. Tapi jika disediakan sendiri, selain dapat menjimatkan, dapat juga dimakan berulang kali atau menambah nambah. Jadi jangan lupa untuk mencuba resepi mudah ini. Manis dan lemaknya bolehlah diubahsuai mengikut selera dan citarasa anda sendiri. 

Jom layan resepi di bawah ini...


Bubur Jagung Mudah Dan Sedap

Bubur Jagung

Bahan bahan:
3 batang jagung madu
1 mangkuk kecil gula
1 mangkuk kecil air
1 mangkuk santan
1 cawan sagu - yang telah direbus
Garam
1/4 tin susu cair
Garam

Cara cara:
Masak jagung bersama gula dan air sehingga jagung masak dan lembut. 

Bubur Jagung Mudah Dan Sedap

Bubur Jagung Mudah Dan Sedap

Dalam periuk lain, masak sagu sehingga jernih. Masukkan air dan dikacau rata. Tuang dalam bekas penapis untuk buang lendirnya. 

Bubur Jagung Mudah Dan Sedap

Masukkan sagu dan santan ke dalam periuk jagung. Kacau rata. 

Bubur Jagung Mudah Dan Sedap

Masukkan garam dan sedikit susu cair. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 

Bubur Jagung Mudah Dan Sedap

Nota:
Jika suka, boleh masukkan juga 1 tin jagung berkrim dalam tin. 

2 ulasan:

  1. Saya faham macam mana perasaan ketinggalan penerbangan.. pernah rasa dan alaminya. Nanges pun tak guna kan. pengajaran buat saya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Saya mneyalahi diri sendiri yang tidak lebih berhati hati dari biasa.

      Padam

Add your comment
EmoticonEmoticon