Selasa, 11 Jun 2019

Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah Sangat Sedap (A Keeper Recipe)

Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah Sangat Sedap (A Keeper Recipe)

Masih dalam suasana beraya, jadi belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua follower Azie Kitchen. Taqabbalallaahu Minna Wa Minkum. Semoga amalan saya dan anda semua diterima. Aameen. 

Saya menyediakan nasi minyak dengan kawan kawannya iaitu Ayam Masak Merah dan Acar Timun untuk hidangan anak anak di hari raya kedua. Hari raya pertama dah makan lemang dan rendang, jadi hari raya kedua mesti nak makan nasi. Tapi kalau memasak nasi putih, kena sediakan dua tiga jenis lauk pula. Jadi pilihan terbaik adalah nasi minyak. 

Semasa zaman kecil di kampung, nasi minyak adalah nasi yang dikira special buat saya. Inilah satu satunya nasi selain nasi putih yang saya kenal dan pernah makan ketika itu. Biasanya pada pagi raya, rumah emak saudara disediakan nasi minyak. Inilah ketikanya dapat makan nasi yang sedap. 


Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah Sangat Sedap (A Keeper Recipe)

Walaupun memasak untuk nasi minyak dan geng, saya tetap menyediakan beberapa lauk lain untuk hidangan keesokannya iaitu sambal tumis ikan bilis untuk dimakan dengan kuah lodeh. Saya juga menyediakan Rendang Cili Padi Negeri Sembilan dengan menggunakan dua ekor ayam untuk dicicah dengan lemang. 

Setelah siap sambal ikan bilis dan rendang cili padi, saya menyediakan pula acar timun masak. Setelah siap, barulah dimasak nasi minyak. Sementara nasi minyak masak di dalam rice cooker, saya mula memasak Ayam Masak Merah. Bekerja di dapur kena ada planning juga untuk maksimunkan penggunaan dapur dan masa kita sendiri. Pendek kata dapur saya terus menerus digunakan. 

Acar Timun Masak

Kami sebenarnya memasak nasi minyak dan set ayam masak merah sebanyak dua kali. Pertama pada hari raya kedua untuk hidangan kami sekeluarga dan kedua pada hari raya kelima sewaktu kunjungan raya, besan kami Dato' Setia Salehuddin dan keluarga. 


Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah Sangat Sedap (A Keeper Recipe)

Resepi nasi minyak dan ayam masak merah ini adalah a keeper recipe untuk saya. Memang sangat sedap nasi minyak yang dimakan dengan ayam masak merah serta acar timun. Gandingan yang cukup serasi. Selain acar timun, sedap juga dimakan dengan pajeri nenas. Boleh klik di SINI untuk entri sebelum ini.  

Selepas makan dan berehat beberapa ketika, saya masuk semula ke dapur untuk menyediakan Gulai Ikan Tongkol sebagai lauk nasi dagang hidangan menu raya keempat. Gulai untuk lauk nasi dagang sedap disediakan sehari sebelumnya. Lagi sedap dan lagi mesra.  

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Selamat mencuba....

Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah Sangat Sedap (A Keeper Recipe)

Nasi Minyak Sedap

Bahan bahan:
5 pot beras Basmathi – basuh dan tos
1-2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin Planta
3 bunga lawang, 1 kayu manis, 3 buah pelaga
5 biji bawang merah - hiris
2 inci halia - kisar dan ambil jus
1 sudu besar jus Sunquick
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning telur
Sedikit susu cair

Cara cara:
Panaskan minyak sapi dan majerin planta. Masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. 

Kemudian masukkan bawang merah hiris. Nota: boleh lebihkan minyak sapi jika suka nasi minyak yang rasa kuat.

Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah Sangat Sedap (A Keeper Recipe)

Bila bawang telah wangi dan keperangan, tuang air yang telah disukat mengikut sukatan beras. Nyalakan api. Kacau dan masukkan sedikit garam. Nota: sukatan air = 1 pot= 1 ¼ pot air

Bila air telah mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos. Kacau rata. Biarkan seketika.

Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah Sangat Sedap (A Keeper Recipe)

Masukkan air halia dan sunquick. Tutup periuk dan masak seperti biasa. 

Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah Sangat Sedap (A Keeper Recipe)

Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah Sangat Sedap (A Keeper Recipe)

Apabila nasi telah hampir kering, tuangkan susu cair ke atas nasi. Gaulkan nasi hingga sebati.

Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah Sangat Sedap (A Keeper Recipe)

Titiskan beberapa titis pewarna kuning di atas nasi yang hampir masak. Jangan gaulkan nasi. Tutup periuk dan bila nasi telah masak, baru dikacau rata dan sedia untuk dihidangkan. 

Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah Sangat Sedap (A Keeper Recipe)


Nota: boleh juga masukkan kismis dan biji gajus yang digoreng.

Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah Sangat Sedap (A Keeper Recipe)

Ayam Masak Merah 

Bahan bahan:
2 ekor ayam - lumur garam kunyit
2 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang dan 2 buah pelaga
2 biji bawang besar - hiris
4 batang serai - ketuk
1 botol kecil sos cili jenama Kimball 
3 sudu besar gula atau secukup rasa
2 sudu kecil garam
Minyak - untuk menumis

Bahan kisar:
10 sudu besar cili kisar
3-4 biji bawang besar - saiz besar
6 ulas bawang putih
4 inci halia 

Bahan lain - opsyenal:
2 biji bawang besar - hiris bulat
1 tin kecil kacang peas
1/4 tin susu cair 
Daun ketumbar - tabur

Cara cara:
Ayam digoreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan. Jangan terlebih goreng, kerana ayam akan liat.

Panaskan minyak yang banyak dan tumis bawang besar hiris, serai, kulit kayu manis, bunga lawang sehingga wangi. Nota: Minyak boleh diceduk keluar selepas siap.

Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah Sangat Sedap (A Keeper Recipe)

Masukkan bahan bahan kisar dan tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing dan pecah minyak. Setelah terbit minyak, masukkan sedikit air dan biarkan terbit minyak sekali lagi. 

Masukkan sos cili, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan ianya mendidih serta terbit minyak. Jika perlu, masukkan sedikit air lagi. 

Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata sehingga ayam masak dan kuah terbit minyak. 

Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah Sangat Sedap (A Keeper Recipe)

Tuangkan susu cair, kacang peas, bawang besar hiris bulat dan juga daun ketumbar hiris. 

Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah Sangat Sedap (A Keeper Recipe)


Siap dan bolehlah ditutup api. 




3 ulasan:

  1. Terima kasih kongsi ilmu. Resepi yg menjadi dan sangat2 sedap 👍

    BalasPadam
  2. Looks good. Boleh cuba ni. hrp2 menjadi

    BalasPadam
  3. terima kasih kongsi resepi...nak try. nampak sedap

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon