Jumaat, 24 Mei 2019

Masak Lemak Daging Dengan Pucuk Ubi

Masak Lemak Daging Dengan Pucuk Ubi

Saya inginkan kongsikan antara petikan dari kuliah Subuh Al Fadhil Ustaz Khairuzaman bin Abd Kadir berkenaan tujuan Al Quran dan juga sifat sifat orang bertaqwa. Quran adalah mukjizat yang paling besar. Yang paling istimewa kita pun dapat Al Quran itu juga. Siapa yang hidup dalam bulan Ramadhan adalah pilihan Allah. Siapa meninggal dunia dalam bulan Ramadhan, insya Allah husnul khatimah. 

Diri kita dalam masa bulan Ramadhan sepatutnya penat. Tak makan tak minum di siang hari tapi malam masih boleh buat qiamullai. Hari hari biasa, siang kenyang tapi nak mengerjakan qiamullail berat dan penat. Kenapa dalam bulan Ramadhan kita boleh buat. Ianya kerana roh kenyang walaupun body lapar. Bulan biasa roh lapar walaupun body kenyang. 

Tujuannya Al Quran adalah untuk panduan kerana perjalanan dari alam roh, rahim, dunia, barzah, mahsyar dan akhirat adalah terlalu panjang. Analoginya kita perlukan panduan jika mahu ke tempat yang kita tak pernah pergi. Kalau zaman sekarang perlu alamat, waze google maps dsb. 

Dalam surah Al Baqarah, ayat ke2 kitab yang tiada jenis keraguan sebagai petunjuk pembimbing untuk orang bertaqwa. Orang bertaqwa mesti ikut Al Quran 100%. Apa hak Al Quran? Ianya yang perlu dibaca, difaham, diamalkan dan disampaikan. Itu hak Al Quran yang wajib kita tunaikan. 

Amalan orang bertaqwa, ialah suka beristighfar. Yang mana mereka sentiasa memohon keampunan. Kedua, ialah berinfaq samada dalam susah dan senang. Ketiga, bersifat sabar dari cakap yang laghaa, benda yang marah. Bersifat pemaaf pada manusia walaupun pada orang kafir. Memaafkan dan memberi maaf. 

Apabila mereka melakukan dosa atau menzalimi diri, mereka akan segera berzikir seperti beristighfar, selawat atau apa sahaja. Dosa paling mudah dibuat ialah lupakan Allah. Tak zikir pada Allah, maka berdosa. Zikir adalah amalan soleh yang boleh menghapuskan dosa. Perbanyakkan membaca Astaghfirullah hal adziim wa atuubuilaih. Melakukan taubat dengan beristighfar tapi dengan syarat kena tinggal dosa dosa lalu. 

Sebagai motivasi pada kita ialah jika kamu mendapat susah dalam hidup seperti jiwa tidak tenang dsb, makan kena ingat sesungguhnya hidup seperti putaran roda. Pasti akan berada di atas. Jangan bimbang. Allah menguji dengan kesusahan untuk melihat samada semasa susah ingatkan Allah atau tidak. Itu sahaja sedikit sebanyak yang sempat saya catitkan. Semoga selepas Ramadhan, kita akan kembali pada fitrah iaitu kejadian diri kita yang suci dari sebarang dosa

Masak Lemak Daging Dengan Pucuk Ubi

Menyediakan lauk ini adalah umpama menyediakan 2 dalam satu iaitu ada lauk dan ada sayuran. Jadi saya memang suka menyediakan lauk seperti ini. Lagi pulak, ianya sangat sedap dan berkhasiat.

Semasa bersembang dengan seorang rakan, saya hampir tidak percaya bila diberitahu mereka hanya makan satu lauk sahaja setiap kali. Bagus juga kerana ia akan mengajar anak anak untuk menghargai apa makanan yang disediakan. 

Dalam masa yang sama saya tertanya tanya betapa mewahnya orang yang makan sehingga 4 atau 5 lauk setiap kali hidangan. Saya melihat di Instagram, ada yang memasak sangat banyak lauk pauk. Bagi saya pula, saya makan sesuatu yang simple, menu yang lengkap pada saya ialah satu lauk berkuah, lauk kering dan sayuran. Saya tidak suka makan 2 lauk yang berkuah atau basah.

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Masak Lemak Daging Dengan Pucuk Ubi

Masak Lemak Daging Dengan Pucuk Ubi

Bahan bahan:
1 mangkuk daging - guna daging tetel lagi sedap
Pucuk ubi secukupnya
2 batang serai
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Gula

Bahan kisar:
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 tangkai cili padi
2 biji buah keras
2 inci kunyit hidup
1 sudu kecil rempah ketumbar

Cara cara;
Panaskan air dan rebus pucuk ubi sehingga lembut. Angkat dan tos. Kemudian baru dipotong pendek. Ketepikan. 

Masak Lemak Daging Dengan Pucuk Ubi

Masak Lemak Daging Dengan Pucuk Ubi

Masak Lemak Daging Dengan Pucuk Ubi

Masak Lemak Daging Dengan Pucuk Ubi

Daging direbus sehingga empuk. Kemudian tuangkan bahan kisar ke dalamnya. Masukkan serbuk kunyit dan serai. Kacau sehingga rata. 

Masak Lemak Daging Dengan Pucuk Ubi

Masak Lemak Daging Dengan Pucuk Ubi

Masak Lemak Daging Dengan Pucuk Ubi

Masak Lemak Daging Dengan Pucuk Ubi

Masukkan pucuk ubi dan serai. Masak sehingga mendidih dan kacau rata. 

Masak Lemak Daging Dengan Pucuk Ubi

Masak Lemak Daging Dengan Pucuk Ubi

Kemudian masukkan santan segar dan kacau rata. 

Masak Lemak Daging Dengan Pucuk Ubi

Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. 




Add your comment
EmoticonEmoticon