Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sira Roti

Sira Roti

Insya Allah Ramadhan akan menjelma tidak lama lagi. Kuih Sira Roti yang saya sediakan hari ini adalah antara kuih mudah yang boleh disediakan di bulan Ramadhan sebagai juadah berbuka puasa. Sama sama kita berazam untuk Ramadhan kali ini, membuat yang terbaik dalam hidup kita. 

Kita kena mulakan perancangan dari sekarang apa aktiviti, apa amalan dan apa ibadah yang ingin kita kerjakan. Tahun ini, kita pulun habis habisan gitu kerana kita tidak tahu jika ianya adalah Ramadhan yang terakhir dalam hidup kita. Pesanan dan peringatan buat diri sendiri. 

Kuih Sira Roti adalah antara masakan tradisi di Kelantan yang cara membuatnya adalah sama dengan Pindang Tapai di SINI. Yang membezakannya hanyalah penggunaan tapai diganti dengan roti. 

Saya menyediakan sira roti selepas melihat rakan dalam group Whatspp menayangkan gambar masakan dia di dalam facebook dan juga group Whats App. Menyediakannya sangat mudah dan cepat. Itu yang saya teringin untuk merasainya. Secara jujur, saya pun tak pernah makan kuih ini ketika di kampung dulu. 

Sira Roti

Oleh kerana pertama kali menyediakannya, hasilnya tidak berapa cantik. Maklum selain tangan hendak mengacau di periuk, tangan juga memegang handphone untuk record dan juga kamera untuk merakam gambar ketika sedang dimasak. 

Kalau mahu kuah yang lebih cantik dan halus, kena sentiasa dikacau supaya telurnya lebih halus dan tidak bergentel. Jadi jika anda ingin mencuba, jangan lupa mengacaunya ya. 

Kuih mudah ini juga sedap dimakan ketika berbuka puasa. Jadi bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, bolehlah cuba menyediakan kuih ini. 

Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba..


Sira Roti

Sira Roti

Bahan bahan:
1/2 buku roti - potong 2
1 kotak santan kara + 2 kotak air
2 helai daun pandan
1 biji telur
3 sudu besar gula - atau ikut manis yang disukai
1/2 sudu kecil garam

Cara cara:
Masukkan semua bahan kecuali roti ke dalam periuk dan nyalakan api sambil dikacau sehingga mendidih. 

Sira Roti

Sira Roti

Bila mendidih, masukkan roti. Rendam roti sehingga tenggelam di dalam kuah. Roti akan meresap dengan kuah. 

Sira Roti

Sira Roti

Bolehlah ditutup api. 

Sira Roti

2 ulasan for "Sira Roti"

  1. Mmg sedap.. sllnya ada cengkih dlm kuah dan kismis samada dimasak sekali atau tabur bersama kacang sllnya ummi letak badam yg nipis tu. Kadang2 kalau ada ceri merah atau hijau tu pun dia akan tabur kat atas tu. Jadi cantik dah excitied nk mkn.

    BalasPadam