Isnin, 7 Januari 2019

Kari Ayam Kapitan Nyonya Yang Sangat Sedap

Kari Ayam Kapitan Nyonya Yang Sangat Sedap

Entah kenapa airmata bergenang dan hati menjadi sangat sebak bila melihat gambar gambar kami sekeluarga yang diambik sepanjang pembinaan rumah kami selama 4 tahun.  

Rumah kami bukan hanya dibina dengan wang tetapi airmata dan keringat. Kenapa saya mengatakan begitu? Kerana rumah ini kami bina sendiri. Kami sendiri yang menguruskannya, menjadi arkitek, menjadi kontraktor, menjadi projek manager dan menjadi purchasing manager. Bila mahu jimatkan belanja atau ketiadaan pekerja, ada kalanya kami sekeluarga turun untuk mengecat pagar, membersih dan mengetuk apa apa yang perlu. 

Ketiadaan pengalaman juga menyebabkan pekerja yang digaji bekerja sambil lewa sehingga perlukan  kerja lain pula untuk membetulkannya. Contoh, simen yang jatuh dibiarkan sehingga berketul tinggi, perlukan satu pekerja lain untuk mengetuknya. Malah banyak lagi pembaziran disebabkan tidak melakukan apa yang sepatut dari mula. 

Melihat anak anak yang masih kecil semasa pembinaan terasa sangat sebak kerana jangkamasa pembinaan selama 4 tahun menyebabkan anak anak telah besar dan membawa haluan masing masing sebaik berpindah ke rumah ini. 

Secara jujur saya sangat merindui ketika anak anak masih belajar dan bersekolah. Mereka rapat dengan kami. Kehidupan mereka adalah kehidupan kami. Malahan rumah ini juga dibina demi keselesaan mereka. 

Tapi setelah dewasa dan bekerja serta berumahtangga, mereka menpunyai tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan. Mereka menpunyai kehidupan sendiri selain dari kami. Kini tinggallah saya sendiri merindui sesuatu yang tidak mungkin akan menjelma lagi. 

Kari Ayam Kapitan Nyonya Yang Sangat Sedap

Telah lama mencari resepi Ayam Kapitan selepas melihat Chef Wan kongsi Ayam Kapitan yang sedang mendidih dalam Instagram beliau. Tapi saya tidak perasan kalau ada resepi yang dikongsikan. Hanya setelah menyediakan masakan ini, baru saya nampak Chef Wan ada menulis resepinya. 

Jadi ketika itu, saya google untuk mencari resepi Ayam Kapitan yang mungkin hampir original. Namun saya tidak pernah berputus asa sehingga lah akhirnya saya membaca dalam blog Taste Asian Food di SINI. Saya baca berulang ulang dan buat perbandingan dengan resepi lain kerana saya mahukan resepi yang original atau hampir original. 

Saya ubahsuai sedikit cara penyediaannya mengikut cara Chef Florence Tan. Kalau ikut cara Taste Asian Food, ayam digoreng secara deep fry tapi saya hanya memasukkan ayam selepas bahan tumis terbit minyak sehingga air ayam kering dan keluar minyak. Seolah ayam pun bergoreng dengan rempah yang ditumis gitu. Bahan bahan juga saya ikut sukatan Chef Florence. Cuma ayam dilumur dengan garam, serbuk kunyit dan minyak diikut cara Taste Food Asian.

Jom layan resepi dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI.

Kari Ayam Kapitan Nyonya Yang Sangat Sedap

Kari Ayam Kapitan

Bahan A - Perap
1 1/2 kg ayam - potong 12 dengan kulit
1/2 sudu besar serbuk kunyit 
4 sudu kecil garam 
1 sudu kecil minyak jagung 

Bahan B - Kisar
2 labu bawang besar
13 biji bawang merah 
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
6 biji buah keras
1 helai daun limau purut
3 batang serai 
4 sudu besar cili kisar - 20 tangkai cili kering
Belacan - tak letak
4 sudu besar minyak sayuran 

Bahan C 
1 biji kelapa - santan pekat 
1sudu besar asam jawa 
3 helai daun limau purut 
2 sudu kecil gula Melaka 

Bahan D- Hiasan
Bawang goreng 
Daun limau purut - hiris halus 
Cili merah - hiris halus 

Cara cara:
Perap ayam dengan serbuk kunyit, garam dan sedikit minyak sayuran selama 30 minit. Selepas 30 minit, deep fry ayam sehingga kulit bertukar warna keperangan. Angkat dan ketepikan. Nota: Saya tak goreng ayam terlebih dahulu.

Kari Ayam Kapitan Nyonya Yang Sangat Sedap

Semua bahan B dipotong kecil dan dikisar bersama sedikit minyak sehingga halus. 

Kari Ayam Kapitan Nyonya Yang Sangat Sedap

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak dengan api perlahan. Masukkan ayam dan kacau rata. Masak sehingga air ayam kering dan bahan terbit minyak. 

Kari Ayam Kapitan Nyonya Yang Sangat Sedap

Kari Ayam Kapitan Nyonya Yang Sangat Sedap

Masukkan santan dan kacau rata. Masukkan pula daun limau purut, air asam jawa dan gula Melaka.

Kari Ayam Kapitan Nyonya Yang Sangat Sedap

Perlahankan api dan renihkan selama 20 minit sehingga ayam benar benar masak. Sesuaikan rasa. Tambah mana mana yang perlu.

Kari Ayam Kapitan Nyonya Yang Sangat Sedap

Angkat dan tabur bawang goreng, cili merah hiris dan hirisan daun limau purut. Sedia untuk dinikmati.

Kari Ayam Kapitan Nyonya Yang Sangat Sedap



4 ulasan:

  1. Salam, saya Karina daripada Indonesia. Suka sangat dengan blog aziekitchen, best sangat resepi resepi. Untuk kari kapitan, sayuran apa yang cocok dengan masakan ini ya? Untuk jawabannya, saya ucapkan terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. WSlm. Saya suka sayur simple seperti kacang panjang goreng dengan telur atau dimakan dg ulam timun sahaja.

      Padam
  2. Kak azie saya sgt memahami kerinduian akak pada kisah silam terutama ketika anak2 masih ada bersama. Semoga anak2 akak juga akan merindui kehidupan mrk dgn akak dan akan srlalu membahagiakan akak wp dlm kengkangan masa. Thanks sbb sudi kongsi resepi...

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon