Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Lapis Tepung Beras Yang Mudah

Kuih Lapis Tepung Beras Yang Mudah

Inilah kali pertama saya menyediakan kuih lapis. Selama ini tidak pernah terlintas untuk mencubanya kerana saya sendiri tidak berapa menggemari kuih ini. Jika ada majlis makan makan, saya jarang sekali mengambil kuih ini. Bukan kerana rasanya yang tidak sedap tapi saya sendiri tidak tahu kenapa saya tidak memilhnya. Lainlah kalau dah tiada lagi kuih muih atau makanan lain. 

Tapi entah kenapa tiba tiba rasa ingin mencuba selepas melihat cara penyediaannya yang sangat mudah. Saya melihat youtube penyediaan kuih lapis ubi kayu. Tapi sebab saya tidak menpunyai stock tepung ubi, jadi saya menukar kepada tepung beras. 

Kuih Lapis Tepung Beras Yang Mudah

Saya menyalin resepi ini dari youtube di SINI. Kalau diikutkan, kuih mesti dibiarkan betul betul sejuk sebelum boleh dipotong. Boleh disimpan di dalam peti sejuk seketika. 

Tapi sebab saya mahu cepat kerana mahu ke hospital untuk rawatan susulan. Kalau saya tidak mengambil gambar sekarang, pastinya tidak dapat mengambil gambar langsung kerana pastinya balik dari hospital sudah malam. 

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba....


Kuih Lapis Tepung Beras Yang Mudah

Kuih Lapis Tepung Beras Yang Mudah

Bahan A:
2 cawan santan cair
3 helai daun pandan
1 1/4 cawan gula

Bahan B:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam

Bahan C
1 cawan santan pekat

Cara cara:
Satukan semua bahan A dan dimasak atas dapur sehingga gula hancur. Tutup api dan sejukkan. 

Kuih Lapis Tepung Beras Yang Mudah

Satukan bahan B dan masukkan santan pekat dan kemudian tuangkan bahan A yang dimasak tadi. Kacau sebati. Tapis ke dalam bekas besar. 

Bahagi adunan kepada dua bahagian, lebih kurang 660 gram. Masukkan pewarna yang disukai. 

Panaskan pengukus dan lenser loyang dengan minyak. Masukkan loyang ke dalam pengukus sehingga panas. 

Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam loyang. Tutup dan biarkan selama 5-7 minit. Buka penutup dan pastikan lapisan tadi telah masak sebelum dituang lapisan seterusnya. 

Kuih Lapis Tepung Beras Yang Mudah

Kuih Lapis Tepung Beras Yang Mudah

Buat sehingga habis secara berselang seli warna. Lapisan akhir sekali, dikukus selama 30 minit atau sehingga masak. Caranya boleh dicucuk dengan lidi atau cake tester sehingga tidak melekat.

Kuih Lapis Tepung Beras Yang Mudah

Keluarkan dari pengukus dan biarkan sehingga benar benar sejuk. Sebelum dipotong, lenser pisau dengan minyak terlebih dahulu atau gunakan pisang plastik. 

Kuih Lapis Tepung Beras Yang Mudah

Boleh dibalut kuih yang telah dipotong dengan plastik supaya tidak melekat antara satu sama lain. 

Kuih Lapis Tepung Beras Yang Mudah

Kuih Lapis Tepung Beras Yang Mudah

Nota:
Sebelum benar benar sejuk, saya telah potong kerana menpunyai temujanji dengan doktor di hospital.


1 ulasan for "Kuih Lapis Tepung Beras Yang Mudah"