Rabu, 12 Disember 2018

Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

Saya belajar resepi masak tempoyak dari Bonda Mertua. Masakan yang cukup asing pada saya kerana saya tidak pernah makan atau melihat masakan ini di Kelantan. Cara memasaknya nampak sangat mudah tetapi saya tidak pernah dapat menghasilkan masak tempoyak sesedap seperti yang disediakan oleh Bonda Mertua atau kakak ipar. 

Beberapa kali melihat sendiri cara ianya dimasak tapi belum cukup untuk saya belajar masakan tradisi orang Perak ini. Entah kenapa saya boleh makan menghirup kuah jika makan masak tempoyak yang disediakan oleh orang lain. Tapi jika dimasak sendiri seperti yang disediakan oleh orang lain, walhal mengikut sukatan bahan yang diberi. 

Hubby memberitahu masak tempoyak saya hari ini OK tapi belum cukup masam kerana menggunakan tempoyak baru. Jadi saya meletakkan juga 1 keping asam keping.

Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

Tempoyak yang ada di dalam peti ais agak lama, jadi saya menyediakan tempoyak sendiri menggunakan isi durian musang king yang saya simpan di dalam freezer. 

Mudah sahaja menyediakannya. Hanya diasingkan isi durian dengan biji dan kemudian diramas ramas sehingga hancur. Masukkan sedikit garam. Gaul lagi. Masukkan dalam botol kaca atau botol plastik bertutup dan simpan di dalam peti ais selama 3 hari sebelum sedia untuk digunakan.

Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

Masih lagi menggunakan ikan baung liar sungai yang dipancing di Sungai Pahang yang rasanya sangat sedap, tidak hanyir dan penuh dengan telur. Bahagian yang paling sedap, tentunya di bahagian perut ikan yang isinya lembut dan berlemak.

Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini iaitu resepi versi mertua saya dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

Bahan bahan:
1 ekor ikan Baung
5-6 sudu besar tempoyak - guna 6 
1 batang serai - ketuk
1 sudu besar serbuk kunyit
1 liter air - 1 1/2 gelas
1 biji timun - atau taugeh kepala besar
2 sudu besar garam kasar
Sedikit gula

Bahan tumbuk:
3 tangkai cili merah 
3-4 tangkai cili api - jika suka pedas

Cara cara:
Ikan disiang dan dibersihkan. Kemudian lumur dengan tepung gandum dan biarkan seketika sebelum dibilas dan dibasuh bersih dan ditos.

Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

Masukkan ikan ke dalam periuk. Masukkan bahan tumbuk, serai, serbuk kunyit, timun dan tempoyak. Gaul rata bersama ikan dan biarkan seketika. 

Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

Ikan Baung Masak Tempoyak Perak


Setelah itu, masukkan air secukupnya. Nyalakan api dan masak sehingga mendidih. Berhati hati bila mengacau untuk mengelakkan ikan dari hancur. 

Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

Masukkan garam dan gula. Biarkan merenih dengan api perlahan dalam 15 minit atau timun telah lembut. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 

Selepas masak, biarkan dalam 30 minit sebelum dihidangkan untuk ikan sebati rasanya dengan kuah. Sedap dimakan ketika tidak terlalu panas.

Ikan Baung Masak Tempoyak Perak

Nota:
Lebih sedap jika menggunakan tempoyak baru. Saya buat sendiri tempoyak dan disimpan selama 3 hari sebelum sedia untuk digunakan. 

Cara buat tempoyak ialah dengan asingkan isi durian dan biji, masukkan sedikit garam halus dan gaul rata. Simpan dalam botol kaca atau botol plastik. Simpan dalam peti ais. 

Jika tempoyak baru dan tidak rasa masam, boleh letak asam keping.

Ikan Baung Masak Tempoyak Perak



1 ulasan:

  1. Adoi sedapnya kak Azie. Tak pernah try ikan baung masak tempoyak. selalu patin je.

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon