Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Teresek Jantung Pisang Kelantan Kegemaran Saya


Teresek Jantung Pisang Kelantan

Hari ini adalah hari jadi anakanda saya Muhamad Hafez yang ke 25 tahun. Selamat Hari Lahir, semoga panjang umur dalam iman dan murah rezeki. Mama sayang Boy dan Mia dan akan sentiasa menyokong apa sahaja usaha Boy dan Mia. Sempena hari jadi beliau, kami sekeluarga makan tengahari di Simply Ribs yang merupakan restoran kawan Nana. 

Jadi selepas memasak, saya sempat makan sedikit nasi putih dengan Teresek Jantung Pisang dan ikan keli goreng sebelum bersiap untuk keluar. Huhuhu memang lepas rindu dan keinginan untuk makan teresek yang sekian lama. 

Teresek haruslah banyak jantung pisang nya berbanding keropeh ayam. Tapi saya hanya ada sebiji jer jantung pisang. Kalau diguna 2 biji, lagi ngam lah teresek saya hari ini. 


Teresek Jantung Pisang Kelantan

Teresek adalah antara lauk dan masakan tradisional Kelantan yang menjadi kegemaran saya sejak dulu dulu lagi. Ia biasanya dihidangkan di majlis kenduri dan perkahwinan. Tapi sayang kerana sekarang, majlis kenduri di kampung banyak menggunakan perkhidmatan katerer. Jadi lauk seperti ini, memang agak susah untuk ditemui lagi. 

Saya rasa lama kelamaan generasi muda, pasti tidak akan kenal lagi lauk ini. Bila makan nasi putih dengan teresek, saya suka menggaul gaul kuah teresek dengan nasi. Walaupun ianya tidak akan menjadi seperti kuah yang banjir tapi secukup untuk membasahkan nasi. Rasanya memang authentic.

Selain Teresek Jantung Pisang, saya juga suka Teresek kacang panjang. Klik di SINI untuk melihat entri penyediaan masakan Teresek Jantung Pisang semasa kenduri di rumah kakak saya. Klik di SINI untuk Teresek kacang panjang.

Jom layan resepi dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Teresek Jantung Pisang Kelantan
Teresek Jantung Pisang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

Ayam - hati, mempedal, tengkuk, kaki 
2 biji jantung pisang - saya guna 1 jer
2 sudu besar rempah gulai kawah 
1 sudu besar cili kering kisar - membukit
1/2 biji kelapa - santan
1 keping asam keping
1 sudu besar kerisik
Garam 
Gula Melaka
Gula

Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
4 hirisan nipis lengkuas 
1 sudu besar rempah ketumbar biji

Cara cara:
Jantung pisang dibuang kulit luar dan ambil bahagian putih. Hiris nipis dan rendam dalam air garam selama 5 minit. Tos dan diperah bagi mengeluarkan air yang pahit. 


Teresek Jantung Pisang Kelantan

Teresek Jantung Pisang Kelantan

Masak keropeh ayam dengan bahan kisar, cili kisar dan rempah gulai kawah hingga agak kering. 


Teresek Jantung Pisang Kelantan

Teresek Jantung Pisang Kelantan

Teresek Jantung Pisang Kelantan

Teresek Jantung Pisang Kelantan

Teresek Jantung Pisang Kelantan

Masukkan santan dan asam keping.  Masak sehingga santan mendidih dan terbit minyak.  



Teresek Jantung Pisang Kelantan

Masukkan jantung pisang yang telah diperah airnya dan kacau rata rata. 


Teresek Jantung Pisang Kelantan

Teresek Jantung Pisang Kelantan

Akhir sekali masukkan cili hijau, garam, gula, gula Melaka dan kerisik.  Sesuaikan rasa dan kepekatan. Jika suka sedikit berkuah, jangan dimasak terlalu kering kerana bila sejuk, kuah akan menjadi lebih pekat dan kering. 


Teresek Jantung Pisang Kelantan

Setelah jantung pisang lembut dan masak, bolehlah ditutup api. 


Teresek Jantung Pisang Kelantan


3 ulasan for "Teresek Jantung Pisang Kelantan Kegemaran Saya"

  1. Oh, keropeh ayam tu bahagian2 leher, kaki & organ ayam ke? Rare lauk ni, sy tak pnh jumpa, harus dicuba ni, terliur

    BalasPadam
  2. rindunye lauk ni...lauk mse sy kecik2 dulu..sekarang ni xde dh..susah nk dapat..hanya kelantan je ad lauk ni...

    BalasPadam
  3. Rindu lauk nih ingat arwah mak.. huhuhu..

    BalasPadam