Teresek Kacang Panjang Kelantan Yang Sangat Sedap






Tazkirah Zohor Ustaz Ikhsan hari ini sangat menarik untuk kita renungkan. Allah memberi taufiq pada siapa yang disukai. Bagaimana kita hendak mendapat hidayah Allah supaya tak menyesal di kemudian hari. Di akhirat, 1 rakaat solat akan tercatit pada buku amalan yang nilainya melebihi dunia dan isinya. Jadi kena pastikan kita sentiasa dapat taufik Allah. Bila bangun pagi, kita tahu kita berhutang dengan Allah sebanyak 360. Kita tahu tapi kita tak buat untuk membayar hutang tersebut dengan melakukan solat sunat Dhuha. Kita tahu 1 huruf bacaan Al Quran akan mendapat 10 pahala. Tapi kita tak juga melakukannya. Dah ke kita katham Al Quran sebelum Ramadhan menjelang ini. 

Kita tahu solat sunat melengkap ibadah solat fardhu tapi adakah kita buat? Kita tahu mengucap 1 zikir Subhanallah, pahalanya memenuhi timbangan mizan tapi kita tak juga melakukannya. Tak usahlah cerita kehebatan tahajjud atau azabnya neraka, bila hati dah mati, kita tak akan terasa apa apa. 




Umur kita semakin hari semakin tua. Semua ini akan membuat kita menyesal. Sementara ada masa, kita kena buat walaupun amalan yang kecil. Kita kena berfikir bagaimana untuk melakukan satu aktiviti dengan kaedah yang betul supaya menghasilkan kaedah yang baik. Guna akal untuk dapat maklumat benar supaya boleh bantu kita mendapat pahala. Dengan akal, kita boleh fahami suatu perkara dengan lebih mendalam. Allah akan buka pintu ilmu pada kita untuk lebih faham. Untuk jadi faham akan sesuatu ilmu, bukan mudah. Bila kita faham, kita dapat pahala lebih dari orang lain walaupun sama sama melakukan ibadah yang sama. Contoh, masuk masjid jika diniat iktikaf dapat pahala berbanding dengan orang yang masuk tanpa berniat iktikaf. Begitu juga tengok kalendar, hari yang dapat pahala jika berpuasa.

Manusia tak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu perkara. Sebaliknya manusia kena menggunakan akal untuk menyelesai sesuatu. Islam menggalak umatnya mengguna fikiran untuk mencapai kehidupan lebih baik yang bersandarkan wahyu, hadis Nabi dan kata kata alim ulamak. Bukan sekadar logik fikiran semata tapi mesti berdasarkan nas dan dalil. Fikirkan ayat ayat Al Quran yang membuktikan kebesaran Allah. Al Quran dan alam maya ini sendiri mengajak kita berfikir akan kebesaran Allah. Contoh dengan melihat kejadian angkasaraya seperti matahari, bulan dan bintang. Lagi tinggi kajian manusia, sepatutnya lagi terasa kerdilnya kita. 

Nikmat Allah tak terhitung banyaknya. Bila kita menggunakan akal untuk fikirkan nikmat, kita pasti akan taat melakukan perintah Allah. Bila ingat akan azab Allah, kita akan jadi rasa takut dan akan meninggalkan perbuatan yang dimurkai Allah. Kekuatan berfikir hingga kita boleh memikir apa yang tak logik oleh akal. Contoh bagaimana boleh bercakap di telefon dengan orang yang berada di jarak yang jauh, bagaimana kapalterbang boleh terapung di udara. Sepatut bila boleh berfikir bab dunia, kena juga fikir bab akhirat.  Juga dipesankan bila tiba saat kita hendak mati, kita kena tinggikan husnuzon dan pengharapan pada Allah kerana Allah ikut apa yang kita sangkakan padaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun. 






Teresek adalah antara masakan tradisional Kelantan kegemaran saya. Setiap kali ada majlis dan kenduri, pasti saya akan mencadangkan menu ini sebagai lauk hidangan. Jadi saya memang dari dulu belajar cara menyediakannya dan menulis resepinya dalam buku masakan antik saya. Apa yang saya ingat cara menyediakannya sama seperti menyediakan Gulai Kelantan tetapi dimasukkan rempah kari. Itu jer panduan yang saya ingat. Kena pastikan ketika dimasukkan kacang dan cili, kuah telah benar benar pecah minyak dan hampir kering supaya kacang tidak terlalu masak ketika kuah dikeringkan. Tapi kalau teresek yang dihidangkan di majlis kahwin memang kacangnya lembut. Barulah rasa seperti lauk teresek asli. Teresek adalah masakan yang agak kering dan sedikit basah berkuah sahaja. Ianya adalah resepi tradisional yang semakin tidak dihidangkan lagi di majlis kenduri kawin kerana faktor harga kacang dan cili yang agak mahal. Selain itu, sekarang ini banyak majlis kahwin menggunakan perkhidmatan catering, jadi lauk seperti ini memang jarang ditempah. Kalau di Negeri Sembilan, popular dengan Rendang Kacang Panjang Nismilan boleh tengok entri di SINI yang juga disediakan di majlis kahwin menggunakan bahagian yang tak banyak isi seperti tengkuk, kepak, kaki dan tulang ayam. Kalau orang Kelantan, dipanggil seropeh atau keropeh ayam. Selain menggunakan kacang panjang, Teresek juga boleh dibuat menggunakan jantung pisang. Boleh klik di SINI untuk melihat cara menyediakan Teresek Jantung Pisang. Entah kenapa gambar saya hari ini tidak menampakkan warna teresek yang sebenarnya yang nampak sedikit keperangan bukan kekuningan. Tapi apa pun, rasanya memang sedap. Sangat puashati kerana akhirnya dapat menikmati teresek yang sekian lama diidamkan. Maklumlah saya telah bertahun tidak balik menghadiri jemputan majlis perkahwinan di Kelantan. 
Jika anda ingin mengetahui rasa teresek, masakan tradisional di negeri Kelantan, kenalah mencubanya sendiri. Lagi pulak, sangat mudah dan cepat disediakan. Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa follow dan menonton video di Instagram Azie Kitchen serta subscribe youtube Azie Kitchen channel untuk video yang lebih panjang.



Teresek Kacang Panjang 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
20 batang kacang panjang - kena banyak dari ayam
5 tangkai cili hijau solok Kelantan - guna 2 cili hijau biasa
Ayam - guna kepak, tengkuk, kaki, hati dan mempedal
1 sudu besar rempah kari ayam/daging
1/2 kotak santan kotak - campur sedikit air
Garam
Gula
1 sudu besar kerisik
1 keping asam keping

Bahan kisar:
2 sudu besar cili kering kisar
ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
4 hirisan nipis lengkuas
1 sudu besar rempah ketumbar biji - sangai

Cara cara:
Masak bahan kisar dan rempah kari bersama santan dan bahagian tulang tulang ayam tadi. Masak sehingga ayam masak dan hampir pecah minyak. 






Masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya. Masukkan juga kerisik. Kacau hingga kuah pecah minyak. 





Akhir sekali, masukkan kacang panjang dan cili hijau. Kacau rata sehingga kuah hampir kering mengikut kesukaan masing masing. Ada yang suka sedikit berkuah. Jika terlalu kering, bolehlah tambah air panas. Bolehlah ditutup api. 




Teresek Kacang Panjang Kelantan Yang Sangat Sedap Teresek Kacang Panjang Kelantan Yang Sangat Sedap Reviewed by Azie on April 03, 2017 Rating: 5

No comments