Khamis, 29 November 2018

Nasi Goreng Cili Kering

Nasi Goreng Cili Kering

Siapa tidak mahu hidup senang dan kaya raya. Tinggal di rumah besar dengan pembantu rumah yang ramai dan memandu kereta mewah. Pasti semua orang mengimpikan untuk memilikinya. Itulah sebabnya saya suka melihat Instagram Dato Seri Aliff Syukri pengasas produk DHerbs yang kaya raya. 

Pejabatnya terletak berdekatan dengan kediaman kami. Setiap kali memandang pejabat beliau, hati saya sangat mengagumi akan kejayaan beliau sehingga mampu memiliki kekayaan yang sangat hebat. Beliau tidak menpunyai kelulusan tinggi tapi mampu berjaya dan menpunyai wang dan harta bernilai beratus juta ringgit. Saya perlu bekerja selama berpuluh tahun untuk menpunyai simpanan 1 juta.  

Tapi Alhamdulillah walaupun saya juga ada keinginan tersebut namun saya tidak masih boleh mengawal diri. Saya tidak mementingkan kuantiti tetapi sebaliknya kualiti. Saya sanggup menunggu bertahun tahun untuk memiliki sebentuk cincin solitaire diamond bersaiz lebih 1 carat selepas cincin kahwin solitaire diamond saya dicuri pekerja Indonesia yang membuat plaster ceiling di rumah lama. Saya juga menunggu bertahun tahun untuk memiliki handbag Chanel yang digilai oleh wanita yang mementingkan jenama. 

Walaupun meminati barangan berjenama, saya selesa makan di gerai gerai dari restoran mewah. Makanan kesukaan saya juga yang murah murah sahaja seperti nasi goreng saya hari ini. Sekali sekala sahaja, terasa ingin makan makanan mahal. 

Nasi Goreng Cili Kering

Seperti yang saya tulis di atas, saya gemar masakan kampung yang simple sahaja. Tak perlu ayam daging pun. Cukup sekadar telur dan ikan bilis. Nasi goreng macam ni juga yang terasa sedap dan saya boleh makan berulang ulang tanpa jemu. 

Jom layan resepi di bawah ini. Juga jangan lupa subscribe dan tonton youtube Azie Kitchen channel di SINI. Video humble dari saya yang penuh dengan kekurangan. Sekadar rujukan di masa hadapan bagi melengkapi resepi yang dikongsikan di blog saya sahaja.

Nasi Goreng Cili Kering

Nasi Goreng CIli Kering

Bahan bahan:
1 mangkuk besar nasi putih
3 biji telur
Garam
2 sudu besar cili kering - kisar kasar
Daun sup

Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis

Cara cara:
Panaskan minyak minyak dan tuang telur. Bila hampir mengeras, dikacau dan setelah masak, diceduk keluar.

Masukkan bahan kisar dan kacau sehingga wangi. Masukkan cili kering dan kacau rata agak agak cili masak.

Masukkan nasi dan kacau rata. Tuangkan pula telur yang telah digoreng tadi dan garam secukupnya. Kacau rata.

Bolehlah tutup api. Sebelum dihidangkan, tabur daun sup dan bawang goreng. 


Add your comment
EmoticonEmoticon