Rabu, 17 Oktober 2018

Nasi Goreng Telur Di Kompleks Pertama Yang Sangat Nostalgia

Nasi Goreng Telur Yang Sangat Nostalgia

Hari ini saya ingin kongsikan resepi nasi nasi goreng telur. Haa pernah dengar tak? Ketika baru baru menjejakkan kaki di alam pekerjaan dulu, selalulah lepas pejabat, singgah lepak lepak atau ke tailor saya di Kompleks Pertama. 

Suka lepak kerana ketika itu, Hubby masih bekerja di UiTM Pahang. Jadi bila dia turun ke KL, memang Kompleks Pertama lah yang dituju. Kebetulan pejabat saya berdekatan sahaja dengan Kompleks Pertama. Sebelum balik, kami akan singgah di tingkat bawah sekali yang memang banyak kedai makan. 

Singgah makan nasi goreng telur yang kosong kosong jer. Rasanya seperti ada telur dan isi jagung sahaja di dalam nasi goreng tersebut. Diletakkan juga beberapa keping daging yang digoreng garing dan diketuk seperti daging dendeng di atasnya. 

Entah kenapa tiba tiba teringatlah pulak nak menikmati nasi goreng seperti itu. Tapi rasanya kedai itu pun dah tak ada. Jadi nak ke tak nak, terpaksalah cuba memasak sendiri. Siapa antara kita yang pernah menikmati nasi goreng telur yang saya ceritakan di atas. Kalau ada, jom tinggalkan komen anda di bawah ini. Mana tahu kalau ada yang tahu di mana boleh saya dapat nasi goreng seumpama itu di KL ini.

Nasi Goreng Telur Yang Sangat Nostalgia

Saya google juga kot ada resepi yang sama atau yang hampir sama. Tapi hampa. Saya mengagak ianya nasi goreng ala Indonesia kot. Jadi saya cuba agak agak sahaja bahan yang digunakan. Yang pasti nasinya kering dan berderai. 

Tapi serious nasi yang saya hasilkan hari ini, walaupun sedap tapi tidak sama dengan nasi yang saya pernah nikmati di Kompleks Pertama itu. Saya kena berusaha untuk mencari resepi dan menyediakannya sehingga menepati rasa nasi goreng yang sangat nostalgia itu. 

Jom layan resepi di bawah ini. Juga jangan lupa untuk subscribe Youtube Azie Kitchen channel di SINI untuk video penyediaan resepi resepi yang saya kongsikan di blog ini...


Nasi Goreng Telur Yang Sangat Nostalgia

Nasi Goreng Telur

Bahan bahan:
4 cawan nasi putih
3 biji telur
1/2 cawan isi jagung - tak letak
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar mentega 
2 sudu besar serbuk ikan bilis
Serbuk lada sulah 
Garam 

Cara cara:
Tumbuk bawang sehingga lumat. Panaskan sedikit mentega dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. 

Masukkan nasi dan jagung. Kacau rata. Masukkan telur dan kacau telur sehingga masak. Kacau rata. 

Nasi Goreng Telur Yang Sangat Nostalgia

Akhir sekali, masukkan serbuk ikan bilis, garam dan serbuk lada sulah. 

Kacau sehingga nasi agak kering dan berderai. 



3 ulasan:

  1. Saya pun mmg suka mkm nasi goreng mcm ni, ank2 sy panggil nasi goreng bodo mama..sebab cuma letak telur sahaja...

    BalasPadam
  2. Assalam Kak Azie
    Nasi goreng paling sedap yang sy pernah mkn ialah Nasi Goreng Cendawan di Medan Selera Kebayan, Kotaraya. Dulu masa belajar mmg selalu ke sana semata2 nak makan tu tapi sama la mcm nasi goreng telur kat Pertama tu, dah tak wujud lagi kedainya lantaran sudah direnovasi. Kemudian masa balik kg di utara, sy singgah di Bidor dan order nasi goreng kampung. Phewww.. Tak pnh mkn nasi goreng kampung sesedap itu kak, mkn pulak pukul 3 pagi, hahaha.

    BalasPadam
  3. Saya pernah makan nasi goreng ni kat Kompleks Pertama masa ikut rombongan sekolah ke UPM. Masa tu cuma bawak RM10 je. tu jelah nasi goreng telur yg mampu saya beli tapi memang sedap walaupun kosong.terima kaseh Azie mengingatkan saya....nostalgia betul

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon