Rabu, 26 September 2018

Malam Di Kota Iskandar


Kali ini saya ingin menyambung dari catatan entri lalu di SINI. Selepas Maghrib, kami keluar ke Senibong Seafood untuk makan malam di sana. Ini adalah kunjungan kedua kami ke sana. Jadi agak mudah untuk mencari tempatnya yang agak jauh dari tempat penginapan kami.  

Kali ini kami memilih kedai yang dekat dengan pintu masuk. Jika dulu, kami memilih kedai di bahagian tengah yang kelihatan ramai pelanggan. Alhamdulillah makanan sedap dengan ikan yang segar. Cuma sotong dan udang celup tepung yang kurang menjadi kerana terasa seperti jejemput sotong. Hahaha bukan seperti sotong celup tepung. 



Walaupun makan sedikit sahaja nasi, cuma meratah ratah lauk tapi kami balik dengan kekenyangan. Aduhai terlebih makan. Harga agak berpatutan di mana kami membayar lebih RM300 untuk 6 orang. 



Balik dari Senibong, kami singgah rumah Tuan Khairi. Terpegun dengan bilik karaoke mereka yang serba lengkap dengan sound system yang canggih serta bilik yang sound proof lagi. Saya dan Mai siap berkaraoke bersama sama tat kala Hubby dan anak anak masuk ke dalam rumah. 

Saya dan Mai kemudian masuk ke dalam rumah untuk minum sambil makan pelbagai buah buahan serta kuih muih yang dihidangkan. Memang seronok bersembang dalam suasana santai. Tidak terasa hari dah agak lewat malam. Kami meminta diri untuk balik ke tempat penginapan yang sebenarnya tidak berapa jauh dari rumah mereka. Balik ke bilik semua dah kepenatan dan kekenyangan. 



Add your comment
EmoticonEmoticon