Selasa, 25 September 2018

Kilang Penyembelihan Dan Pemprosesan Ayam Milik Bumiputra


Saya ingin menyambung entri sebelum ini di SINI. Semasa ke Johor kerana menghadiri family day jabatan tempat saya bekerja di Legoland, kami dijemput oleh orang kuat Gelang Patah yang sangat femes dengan tagline Sayangi Gelang Patah untuk ke kilang pemprosesan ayam milik beliau. Gelang Patah sekarang dikenali dengan Kota Iskandar. 

Bila masuk jer ke kawasan industri yang bangunan kilangnya sangat moden, tidak tefikir di dalamnya ada kilang pemprosesan ayam. Sangat bersih dan hampir tiada lalat langsung. Ianya adalah milik 100% Melayu dan semua pekerja adalah orang Melayu. 


Kami di bawa melawat ke dalam kilang sehingga ke Cold Room yang boleh memuatkan 500 ribu ekor ayam. Ketika kami sampai, ayam telah selesai disembelih. Hanya ada bahagian akhir di mana ayam yang telah disembelih akan dicelur dalam air panas untuk proses membuang kulit. 


Selepas sembelih sehingga ke tempat celur, ayam akan melalui perjalanan yang panjang bagi memastikan ayam yang disembelih telah benar benar mati ketika dicelur. 

Ayam yang mati sebelum disembelih dijual di zoo zoo dan perut ayam pula dibersih dan disimpan dalam peti sejuk. Dua minggu sekali dihantar ke tempat penternakan ikan patin di Pahang. Bulu bulu ayam juga dijual sebagai baja. Pendekata semuanya dijual untuk kegunaan tertentu.

Berbalik pada ayam yang telah dibersihkan bulu dan perut, ianya akan direndam pula dalam air sejuk 5 degree C untuk mematikan kuman kuman. Ayam itu kemudian disusun dalam tray dan ditolak masuk ke dalam cold room. Sedia untuk dihantar ke pasaran. Penjualan ayam adalah dibuat berdasarkan FIFO. 




Kilang ini hanya membuat pemprosesan samada ayam yang dibeli sendiri atau ayam yang dihantar untuk disembelih dan diproses sahaja. Ianya tidak termasuk pembungkusan dan packaging. Selain untuk bekalan Johor, ayam juga dihantar dari Singapura sehingga ke Pulau Pinang. 


Tahniah Tuan Haji Khairi dan Puan Mai kerana mengusahakan kilang sembelihan yang merupakan fardhu kifayah menyediakan makanan yang halal bagi keperluan umat Islam. 




  1.  

3 ulasan:

  1. alhamdulillah..terima kasih atas infonya puan :-)

    BalasPadam
  2. Thank you for the interesting information re: chicken factory and for your recipes. I always look forward to reading your blogs.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah. kerana mencari yang halal itu fardhu. terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon