Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Goreng Lada Hitam Untuk Wanita Dalam Pantang

Ikan Goreng Lada Hitam Untuk Wanita Dalam Pantang

Pernah dengar tak peribahasa harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Pasti anda pernah mendengarnya. Memberi maksud orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. Maknanya nama sangat penting. Jadi jangan sesekali meninggalkan nama yang buruk yang akan dikenang dan disebut setelah bersara atau setelah meninggal dunia. 

Saya melalui pengalaman sendiri, bila nama seseorang disebut sahaja orang akan berkata kata yang buruk atau dikaitkan dengan sesuatu perangai yang tidak elok semasa mereka di dalam perkhidmatan. Sekarang walaupun telah tiada lagi di dalam organisasi atau dalam kes lain hatta setelah meninggal dunia, perangai suka membuli dan cerewet tetap diingati. Sebut sahaja nama, tiada lain yang disebut dan diingati melainkan yang tidak elok belaka.  

Jadi kenapa perlu menyemai benih buruk pada nama. Apa yang ingin ditunjukkan? Adakah kononnya kita sangat teliti, sangat dedikasi? Percayalah malaikat juga akan mencatatkan tindakan kita yang melukakan hati staff bawahan sebagai dosa.  Sebutan dan kata kata orang juga adalah doa. Jadi sementara masih menpunyai masa, ambillah peluang untuk berbuat kebaikan dan meninggalkan nama yang baik. Pesanan dan peringatan buat diri sendiri juga...


Ikan Goreng Lada Hitam Untuk Wanita Dalam Pantang

Hari ini saya ingin kongsikan lauk untuk wanita dalam pantang lagi, iaitu Ikan Goreng Lada Hitam buat rujukan semua wanita yang dalam pantang atau yang akan menjalani pantang di masa masa hadapan. 

Setelah lebih dari dua minggu, bolehlah makan sedikit yang bergoreng. Kalau jemu asyik hari hari rebus dan panggang. Resepi mudah yang boleh diambil selepas 2 minggu berpantang. Maksudnya masakan yang bergoreng goreng. 

Jika boleh, guna minyak bijan untuk menumis. Guna banyak halia, bawang Holland dan lada hitam. Itu jer bahan masakan untuk lauk wanita dalam pantang. Cuma jika bayi masih dalam menpunyai jaundice, lada hitam kena dikurangkan dahulu. Jom layan resepi di bawah ini...


Ikan Goreng Lada Hitam Untuk Wanita Dalam Pantang

Ikan Goreng Lada Hitam

Bahan bahan:
3 keping ikan tenggiri
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil lada hitam
Sedikit air asam jawa
1 biji bawang besar Holland
Garam

Cara cara:
Ikan dilumur garam kunyit dan goreng. Angkat dan ketepikan. 

Panaskan minyak dan tumis semua bahan kecuali bawang besar dan asam jawa. 

Setelah bahan tumis berbau wangi, masukkan air asam jawa. Kacau rata. 

Masukkan ikan goreng dan bawang besar. Masukkan sedikit garam. Kacau rata sehingga bawang layu. Bolehlah ditutup api dan angkat. 

Catat Ulasan for "Ikan Goreng Lada Hitam Untuk Wanita Dalam Pantang"