Khamis, 30 Ogos 2018

Sambal ikan Bilis Dengan Kentang

Sambal ikan Bilis Dengan Kentang

Dah lama saya tak menonton drama jiwang jiwang. Saya jarang juga menonton drama TV. Entah kenapa sehari dua ini, saya tiba tiba teringin untuk menonton kembali drama Winter Sonata yang saya telah saved kesemua episod di dalam extenal disc. 

Saya tidak pernah menonton drama ini sehingga lah sebelum saya bercuti ke Korea pada Disember 2015 di SINI dan SINI. Drama ini sangat sangat menyentuh hati saya. Kisah percintaan zaman remaja yang sukar dilupakan. Sehingga kini, ianya adalah satu satunya drama Korea yang saya tonton. 

Saya sangat meminati watak Kang Joon Sang yang sangat hensem. Ianya mengingatkan liku liku percintaan zaman remaja saya, walaupun ianya tidak sama. Yang sama adalah kesetiaan dan cinta yang tidak mudah bertukar ganti. Tiada istilah cuba mencintai atau memaksa diri menyintai. Ianya mestilah sesuatu yang datang dari hati. Tanpa kita sedari bila ianya telah dipenuhi dengan perasan cinta pada seseorang. OK lah setakat ini dulu, citer drama yang seumpama hidup kita juga yang sentiasa penuh dengan drama. 

Saya telah lama ingin menyediakan lauk sambal ikan bilis dengan kentang yang dipotong sebagai melengkapkan koleksi resepi saya. Sebelum ini saya kongsikan resepi sambal ikan bilis dengan kentang rangup di SINI

Juita memberitahu yang dia tidak suka kentang rangup sebaliknya dia lebih suka yang kentang dipotong dadu atau dipotong wedges. Itulah antara sebab saya menyediakan lauk ini hari ini. 

Sambal ikan Bilis Dengan Kentang

Saya guna resepi yang dishare oleh Ida, yang emaknya berniaga nasi campur sebelah bangunan KWSP Jalan Raja Laut. Resepi yang Ida share adalah resepi kentang garing rangup tapi saya ubahsuai mengikut kesukaan sendiri. Saya gantikan kentang yang disagat halus dengan kentang yang dipotong dadu. 

Saya suka makan lauk yang berasaskan ikan bilis yang digoreng rangup seperti ini. Ikan bilis ini pula jenis yang berkualiti tinggi, sekejap sahaja digoreng telah garing dan sangat rangup. Sambil menggoreng, saya mesti meratah ratah. Memang mengasyikkan seolah kudapan pula. 

Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa untuk subscribe Azie Kitchen youtube channel untuk melihat banyak video penyediaan masakan yang terdapat di blog ini. Boleh klik di SINI.  Selamat mencuba. 


Sambal ikan Bilis Dengan Kentang

Sambal Ikan Bilis Dengan Kentang 

Bahan bahan:
2 biji ubi kentang - potong dadu
1 mangkuk ikan bilis
Garam
Gula

Bahan kisar:
2 sudu besar cili kisar
1 tangkai cili merah
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara cara:
Kupas kulit kentang, basuh dan tos potong dadu. Goreng dengan minyak yang panas hingga lembut. Angkat dan ketepikan. 

Sambal ikan Bilis Dengan Kentang

Sambal ikan Bilis Dengan Kentang

Goreng pula ikan bilis sehingga garing. Ikan bilis hanya dibasuh manja sejurus sebelum digoreng. 

Menggunakan minyak yang sama, tuang ke dalam bekas lain lebihan minyak. Tumis cili merah, bawang merah dan bawang putih yang dikisar sehingga wangi. 

Masukkan cili kisar dan masak dengan api perlahan sehingga cili masak dan pecah minyak. 

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Setelah kering, ditutup api dan biarkan sejuk. 

Setelah sejuk, masukkan kentang goreng dan ikan bilis yang digoreng tadi dan kacau rata. 

Sambal ikan Bilis Dengan Kentang

Sambal ikan Bilis Dengan Kentang

Nota:
Boleh juga kentang dipotong bentuk wedges, goreng hingga perang dan ketepikan


Add your comment
EmoticonEmoticon