Sabtu, 4 Ogos 2018

Rendang Pucuk Ubi Yang Terlajak Sedap

Rendang Pucuk Ubi Yang Terlajak Sedap

Hari ini saya ingin kongsikan resepi yang sangat terkenal di Negeri Sembilan iaitu Rendang Pucuk Ubi Kayu. Pucuk ubi kayu tau. Bukan pucuk ubi stellor atau keledek manis. Hahaha.. bagi jelas jelas.

Sebetulnya saya tak pernah makan rendang pucuk ubi ni. Saya ambik resepi yang saya guna hari ini di SINI. Saya tahu akan keenakan rendang pucuk ubi selepas bersembang bab masakan dengan seorang anggota polis yang datang ke pejabat atas urusan kerja. 

Dia memberitahu akan keenakan rendang pucuk ubi yang garing krup krap yang beliau makan di Negeri Sembilan. Hahaha kami bersembang bab resepi sementara menunggu dokumen disiapkan. Kebetulan pula, anggota polis berkenaan berasal dari Kelantan.  

Rendang Pucuk Ubi Yang Terlajak Sedap

Dek teruja dengan apa yang diceritakan, saya terus google dan terbaca tentang tulisan seorang blogger akan keenakannya. Aduh, menelan nelan air liur dibuatnya. Tak sabar nak memasaknya. Sebelum bertolak ke Melaka untuk majlis perkahwinan anak sahabat kami, saya masih sempat lagi mengutip pucuk ubi dan memasak. Sebaik siap, saya masukkan dalam tupperware dan bawa sedikit ke Melaka. 

Di belakang rumah kami ada beberapa pokok ubi kayu yang dicucuk untuk pucuknya. Jenis pokok ubi kayu yang berwarna hijau. Jenis pokok ubi kayu ini tidak berapa ada ubi. Jadi ianya ditanam untuk pucuknya sahaja.

Masya Allah sedapnya rendang ni. Sekali suap jer, terkejut jap dengan keenakannya. Serious sedap, ada rasa dan bau seperti sotong kering pun ya juga. Rangup krup krap krup krap. Saya dan Encik Hubby makan meratah ratah begitu sahaja. Pucuk ubi garing rangup. Ikan bilis juga garing rangup. Wallaa. 

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba....


Rendang Pucuk Ubi Yang Terlajak Sedap

Rendang Pucuk Ubi

Bahan bahan:
250 gram pucuk ubi 
1/2 kg santan segar
4 ulas bawang merah - dihiris
1-2 batang serai - ketuk
1/2 mangkuk ikan bilis 
Garam
Sedikit gula 

Bahan kisar:
15 tangkai cili api
1 inci kunyit hidup

Cara cara:
Asingkan daun pucuk ubi yang lembut dari tangkainya. Basuh, rendam dengan sedikit garam dan toskan. 

Rendang Pucuk Ubi Yang Terlajak Sedap

Masukkan santan, serai, garam, ikan bilis, bawang hiris dan bahan kisar ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana dan sentiasa  dikacau. 

Rendang Pucuk Ubi Yang Terlajak Sedap

Setelah kuah agak kering dan pecah minyak, baru masukkan pucuk ubi. 

Rendang Pucuk Ubi Yang Terlajak Sedap

Rendang Pucuk Ubi Yang Terlajak Sedap

Perlahankan api dan sentiasa dikacau sehingga pucuk ubi kering dan garing. 

Rendang Pucuk Ubi Yang Terlajak Sedap

Masukkan sedikit gula, sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api dan sedia untuk dinikmati. 

Rendang Pucuk Ubi Yang Terlajak Sedap

Nota:
Rendang ini boleh tahan selama 3 hari tanpa dipanaskan. 

Rendang Pucuk Ubi Yang Terlajak Sedap



5 ulasan:

  1. wah first time ni nampak. tengok pun terliur mesti sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap sgt sis. ada rasa mcm ketupat sotong pulak pada tekak saya

      Padam
  2. biasa makan masak lemak je, terima kasih kongsikan,boleh la cuba masak macam ni plak, nmpak sangat sedap...

    BalasPadam
  3. wah walau pun org n9 tapi tak pernah masak sendiri. nnt nak try

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon