Rabu, 8 Ogos 2018

Jeruk Kedondong Asam Boi

Jeruk Kedondong Asam Boi

Saya sebenarnya tak berapa tahu dan kenal dengan buah kedondong. Pernah makan sekali di pejabat tapi saya tak berapa suka. Sehinggalah satu hari, saya dan Hubby pergi ke tasik depan rumah kami untuk melakukan sedikit riadah secara brisk walking. 

Jeruk Kedondong Asam Boi

Semasa balik ternampak pokok yang berbuah bertangkai tangkai. Saya snap gambar dan tanya kawan kawan dalam group WhatsApp, bila diberitahu ianya kedondong, saya mengambil beberapa biji di bawa balik. 

Saya diberitahu bahawa buah yang masak menpunyai kulit yang seperti berkarat dan isinya akan berserat atau seperti bersabut. Yang buah muda boleh dimakan begitu sahaja. Saya mengagak pokok ditanam sekitar tasik oleh pihak majlis, rasanya milik awam. Hahaha itu yang rasanya halal. Banyak pokok kedondong ditanam di sepanjang tasik. 

Saya balik rumah, terus dihiris dan dicicah dengan kicap. Kalau masa saya kecil kecil dulu, colek buah diletak kicap, belacan, gula, garam dan cili padi. Tapi sekarang semua dah kena jaga makan dek allergi, jadi cicah kicap sahaja. 

Ramai pulak kawan kawan yang suggest supaya dibuat jeruk asam boi dan ada yang cadangkan dibuat jus kedondong dengan asam boi. Sambil baca whatsApp pun air liur dah meleleh. Bila saya google, lagi lah meleleh air liur. Hahaha.

Daan yang lebih membuatkan saya teruja adalah kerana khasiatnya yang sangat banyak. Antaranya ialah dapat mengurangkan kadar kolesterol. Selain itu, ianya juga bagus untuk wanita hamil, serta juga sebagai rawatan kepada masalah batuk. Khasiat lain, bolehlah google. 

Jeruk Kedondong Asam Boi

Sebelah malamnya saya mesej sahabat saya Haji Hanan kerana dia ada pokok kedondong di rumah dan dia kerap juga bawa buahnya ke pejabat. Saya minta dibawa buahnya kalau ada. Dia bawa satu plastik kedondong muda. 

Balik sahaja dari pejabat, terus singgah kedai runcit untuk membeli asam boi. Cara menyediakannya sangat mudah pun. Sama dengan cara menyediakan Jeruk Mangga dengan Asam Boi di SINI. Serious tak tipu. Sangat sedap. Memang tak boleh berhenti. Asyik menelan air liur jer. Jeruknya tak masam, tak menyebabkan rasa ngilu gigi. Sebaliknya rasa lemak lemak. Aduhaii.. bayangkan pagi pagi hari makan jeruk, lepas satu satu masuk mulut. Haa itulah penangannya. Jom tengok di bawah 


Jeruk Kedondong Asam Boi
Jeruk Kedondong Asam Boi

Bahan bahan:
20 biji buah kedondong
10 biji asam boi
5-6 tangkai cili padi merah
3 sudu besar gula atau ikut yang disukai

Cara cara:
Kupas kulit buah kedondong dan basuh. Kemudian di toskan. Buah kedondong boleh dihiris nipis atau dibiarkan sebiji sebiji. 

Jeruk Kedondong Asam Boi

Masukkan buah ke dalam bekas yang sesuai. Masukkan asam boi dan cili padi yang dipotong dua atau tiga. Saya letak dalam pinggan untuk memudahkan saya ambil gambar. Anda boleh terus masukkan dalam bekas atau botol.

Jeruk Kedondong Asam Boi

Akhir sekali masukkan gula secukupnya. Tak perlu masukkan air kerana ianya akan mengeluarkan air sendiri. Tutup bekas dan biarkan selama beberapa jam dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati. 

Jeruk Kedondong Asam Boi

Jeruk Kedondong Asam Boi

2 ulasan:

  1. Terliur SA kak Azie oiii...awal tahun ari tu pernah buat..sedap...hehehe

    BalasPadam
  2. Baca pun terliur kak azie

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon