Rabu, 1 Ogos 2018

Asam Rebus Ikan Siakap Laut

Asam Rebus Ikan Siakap Laut

Petikan video Ustaz Wadi Annuar berkenaan mati adalah sesuatu yang tidak ada siapa yang tahu yang dia akan mati. Orang yang mati juga tak tahu yang dia akan mati kecuali orang yang akan dihukum gantung. Itupun dia tak tahu pukul berapa akan mati. Kalau ada tanda tanda mati, pasti tak ada orang yang naik kapal terbang MH17. Tanda tanda kematian seperti yang biasa kita dengar, bukan terdapat dalam hadis. 

Bila orang sedang nazak, ahli keluarga kena pastikan rumah berada dalam keadaan tenang kerana orang yang sedang nazak hendak menempuh satu sakit yang tiada tandingan sakitnya di dunia dan kedua kerana ia akan berangkat ke suatu alam lain. Jangan buat kemungkaran yang menjauhkan rahmat Allah dalam rumah tersebut. Contoh orang yang di dalamnya tidak menutup aurat, bising dengan televisyen dsb. 

Perbanyakkan solat, zikir dan membaca Al Quran. Sesungguhnya orang yang paling bijak adalah orang yang banyak mengingati mati kerana mengingati mati akan dapat memutuskan kelazatan dunia. Semoga sama sama mengambil peringatan kerana kita tidak tahu bila kita akan mati. 

Jangan sombong kerana kita berpangkat dan berjawatan tinggi, jangan sombong kerana kita kaya, jangan sombong kerana kita kacak dan cantik. Istilah lain, jangan memandang rendah atau memandang orang dengan sebelah mata dek kelebihan yang kita miliki. Jangan jangan jangan sesekali membuli orang yang lemah di mana sahaja. Ini adalah kerana orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling tinggi taqwanya.

Asam Rebus Ikan Siakap Laut

Saya memang suka ikan laut berbanding dengan ikan sungai. Mungkin sebab dari kecil dah biasa makan ikan sungai. Saya memang tak suka ikan yang isinya tawar, apa lagi hanyir. Masakan simple seperti ini bukan sahaja mudah dan cepat disediakan tetapi juga sedap. Terutama di kala kita dah jemu makan lauk pauk berlemak atau di kala kita merasa tidak sihat. 

Jom layan resepi saya kali ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Asam Rebus Ikan Siakap Laut

Asam Rebus Ikan Siakap Laut

Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap laut
1/2 biji nenas 
8 batang kacang bendi
1-2 asam keping
1 batang serai - ketuk
Garam
Gula

Bahan kisar:
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
3-4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup

Cara cara:
Masukkan bahan kisar dengan air secukupnya. Masak sehingga ianya mendidih. 

Asam Rebus Ikan Siakap Laut

Setelah mendidih, masukkan ikan, serai, asam keping, nenas dan kacang bendi. Perlahankan api supaya ianya masak dan sebati.

Asam Rebus Ikan Siakap Laut

Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Boleh ditutup api dan sedia untuk dinikmati. 

Asam Rebus Ikan Siakap Laut


3 ulasan:

  1. ya allah sedapnya..fav saya ni sis

    BalasPadam
  2. Hi Kak Azie! Simple yet very appetizing dish. By the way, read about you and your kuih butir nangka recipe in The Star Online today :)

    BalasPadam
  3. x pernah makan siakap masak asam rebus...nak cuba

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon