Khamis, 19 Julai 2018

Sayur Campur Goreng Dengan Tauhu Telur

Sayur Campur Dengan Tauhu Jepun

Sejak seminggu ini, rasa sangat bersyukur kerana kami diberi kegembiraan dan suasana kerja yang kembali harmoni. Gelak ketawa kedengaran di sana sini. Segalanya menjadi lebih mudah. Kegembiraan dalam pekerjaan juga adalah satu rezeki. Bayangkan bagaimana keadaannya kalau bangun setiap pagi, terasa berat untuk ke pejabat. 

Cuma kadang kadang saya hairan, ada orang yang tidak merasa apa apa bila tindakan mereka meletakkan orang lain dalam kesusahan. Hmm faham tak apa yang cuba saya sampaikan. 

Contoh mengambil masa berbulan atau bertahun untuk menyelesaikan sesuatu tugasan tanpa memikirkan kesan pada orang lain yang dinafikan atau ditangguhkan haknya untuk mendapat sesuatu. Kerja adalah ibadah tapi bagaimana kalau dalam kerja itu, kita melakukan penganiayaan pada orang lain samada sengaja atau secara tidak sengaja. Oleh kerana hari ini, saya mahu kongsikan resepi sayuran goreng campur, kita citer sikit bab sayur sayuran. 

Sayur Campur Dengan Tauhu Jepun

Sejak kecil saya suka makan sayur sayuran terutama sayuran kampung yang ditanam sendiri seperti kacang panjang, timun, terung dan petola. Sayur ini dipetik dan terus dimasak. Pendek kata sayuran segar dari ladang. Di kebanyakan masa, sayuran akan dimasak lemak putih atau dicelur untuk dicicah dengan budu. Jarang sekali sayuran digoreng. 

Kalau sayuran yang saya guna hari ini, memang tak pernah makan. Tak pernah beli malahan tak kenal pun. Ianya adalah sayuran yang saya kenal selepas berhijrah ke Kuala Lumpur selepas menamatkan pengajian. 

Begitu juga dengan udang laut, memang tak pernah makan. Kami hanya makan udang sungai yang juga ditangkap sendiri oleh arwah Ayah di sungai belakang rumah kami. Boleh bayangkan kehidupan humble kami di kampung. Namun apa yang tidak pernah dikecapi, tidak akan kita terasa ketiadaannya. Hidup kami tetap gembira dan bahagia.  Malah saya bangga kerana dibesarkan sebagai anak kampung yang memberikan saya pelbagai pengalaman hidup yang amat berbeza dengan kehidupan saya hari ini. 

Jom layan resepi di bawah ini dan seperti biasa, jom layan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Sayur Campur Dengan Tauhu Jepun
Sayur Campur Goreng Dengan Tauhu Telur
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 pek tauhu telur  - potong nipis
6 ekor udang
Brokoli
Bunga kubis
Karot
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar Holland
1 tangkai cili merah
2-3 tangkai cili padi
Sos tiram
Garam
Serbuk lada putih

Cara cara:
Goreng tauhu Jepun dengan api besar dan minyak yang banyak. Angkat. Ketepikan.

Sayur Campur Dengan Tauhu Jepun

Sayur Campur Dengan Tauhu Jepun

Tumis bawang putih dan setelah kuning, masukkan udang, sayur dan sedikit garam serta serbuk lada sulah. 

Sayur Campur Dengan Tauhu Jepun

Sayur Campur Dengan Tauhu Jepun

Masukkan tauhu yang digoreng, bawang besar dan cili merah. Kacau rata. 

Sayur Campur Dengan Tauhu Jepun

Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas panas. Taraaa...

Sayur Campur Dengan Tauhu Jepun



4 ulasan:

  1. boleh cuba hujung minggu ni...nampak menarik bila ada byk warna sayuran....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka memilih sayur yg pelbagai warna kerana warna berbeza khasiat juga berbeza. Kalau ada masukkan kacang pis dan cendawan

      Padam

Add your comment
EmoticonEmoticon