Rabu, 18 Julai 2018

Sambal Ikan Bilis Melaka Yang Sedap Meletop

Sambal Ikan Bilis Melaka Yang Sedap Meletop

Hari ini ingin kongsikan resepi Sambal Ikan Bilis Melaka tapi sebelum itu, meh kita citer citer tentang ragam manusia dan kehidupan. Pernah tak kita mendengar orang memperkatakan tentang sesuatu negatif terhadap seseorang. Tentu sesuatu yang sangat biasa didengarkan? Namun ada juga orang memperkatakan sesuatu yang positif, walaupun mereka telah meninggal dunia. 

Jadi kesimpulan, dalam hidup jangan terlalu cerewet sehingga menimbulkan kejengkelan di hati orang lain. Terutama boss atau ketua ketua jabatan di pejabat. Ketika anda masih memegang jawatan, mungkin orang masih boleh bermanis manis muka menghormati anda tapi bayangkan bila anda tiada lagi di kedudukan tersebut. Sebut sahaja nama, keburukan atau sifat buruk atau segala cerewet akan diperkatakan. Diperkatakan kepada perkara negatif yang tidak memberi pahala. Alangkah ruginya. 

Semasa hayat masih dikandung badan, berbuatlah kebaikan tinggalkan nama yang baik supaya dikenangkan akan segala yang baik baik sahaja. Hidup bukan untuk menongkat langit. Jadi buatlah penilaian apakah sikap kita tersebut lebih menjurus kepada dosa atau pahala. 

Bekerja dengan penuh dedikasi adalah dituntut tetapi tidak bermakna sesuka hati boleh menyakiti, menyusahkan dan membuli. Saya merujuk kisah sebenar yang berlaku di sekeliling saya. Hmm fikir fikirkan. Jom sekarang masuk bab resepi pula.

Walaupun saya pernah menyediakan resepi sambal ikan bilis Melaka di SINI tapi saya belum berpuashati kerana hasilnya tidak secantik sambal bilis Melaka yang dihasilkan oleh sahabat saya. Satu lagi sambal Melaka yang saya telah sediakan, boleh klik entri di SINI.

Sambal Ikan Bilis Melaka Yang Sedap Meletop

Oleh kerana resepi hari ini adalah berasaskan ikan bilis, jadi nak share sedikit berkenaan ikan bilis yang saya baca dari website. Saya kongsikan pula di sini untuk manafaat semua. Sebaiknya pilih ikan bilis berkualiti, lebih terang warna ikan bilis, lebih sedap dan kualitinya. 

Jika rendam ikan bilis, pastikan ia benar-benar sudah kering sebelum dimasak. Ikan bilis sebaiknya jangan dibasuh lama, sekadar dibasuh manja sejurus sebelum ianya digoreng bagi mengelakkan ianya liat dan lambat garing.

Sambal Ikan Bilis Melaka Yang Sedap Meletop

Jika menggoreng ikan bilis, pastikan minyak sudah panas sepenuhnya. Apabila menggoreng, perlahankan api untuk elak ikan bilis cepat hangus. Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng dalam bekas kedap udara. Tutup bekas dengan segera untuk elak ikan bilis dimasuki angin dan kurang rangup. 

Juga, elak menggunakan sudu yang basah sewaktu mengambil ikan bilis kerana ia boleh mengurangkan kerangupan ikan bilis. Kalau ianya digoreng sempurna hingga cukup garing, biasanya boleh bertahan lama hingga enam bulan. 

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...

Sambal Ikan Bilis Melaka Yang Sedap Meletop
Sambal Bilis Melaka

Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis - digoreng garing
1/2 mangkuk cili padi 
5 ulas bawang putih
1-2 keping asam keping
Garam
3 sudu besar gula atau secukupnya

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Petua supaya ikan bilis rangup ialah ianya dibasuh hanya sejurus sebelum digoreng dan basuh manja manja sahaja. 

Sambal Ikan Bilis Melaka Yang Sedap Meletop

Goreng  bawang putih sehingga kekuningan dan juga cili padi sebelum dikisar.  

Sambal Ikan Bilis Melaka Yang Sedap Meletop

Sambal Ikan Bilis Melaka Yang Sedap Meletop

Panaskan minyak dan goreng bahan kisar sehingga kering. 

Sambal Ikan Bilis Melaka Yang Sedap Meletop

Masukkan asam keping, garam dan gula. Gula kena banyak sebab nak mengurangkan pedasnya. Kacau rata rata.

Bila telah kering, tutup api dan biarkan sambal telah sejuk supaya ikan bilis kekal rangup. 

Sambal Ikan Bilis Melaka Yang Sedap Meletop


Setelah sambal sejuk, baru dituangkan ikan bilis. Kacau rata dan ditutup api. Sedia untuk dihidangkan. 

Sambal Ikan Bilis Melaka Yang Sedap Meletop

Nota:
Sedap juga dicicah dengan roti.

Gula kena banyak supaya rasa pedas dan manis. 

2 ulasan:

  1. Sedapnya sambal ikan bilis.. lauk paling ohsem ini..

    BalasPadam
  2. kalau makan dgn nasi panas ni...mmg sedap...

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon