Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Sebetulnya saya sangat keliru dengan dunia hari ini yang begitu ramai manusia yang bermuka muka. Kalau dalam Al Quran disebut sebagai golongan munafik. Perhatikan sahaja di sekeliling kita, dari orang biasa sehingga para pemimpin, berapa ramai yang munafik. Kalau lagi banyak difikirkan, lagi pening kepala dibuatnya. Kadang kadang rasa kasihanpun ada. 

Bila hati digelapkan manusia sanggup berbuat apa sahaja. Jadi sekali sekala, kita rawat hati dengan mendengar kuliah kuliah ustaz bab kematian di youtube. Ini bukan berguru dengan youtube tapi dari ceramah ceramah yang dirakamkan dan disiar di youtube. Amat rugi jika semasa kita hidup di dunia, kita tidak berbuat amalan dan kebaikan yang memberikan pahala setelah kita tiada lagi di dunia ini. 

Juga setiap hari sekurangnya dua kali sehari siang dan malam mesti baca doa Sayyidul Istighfar. Nak dapat jaminan syurga bila kita mati ialah dengan kita membaca Sayyidul Istighfar pada hari tersebut. Itulah antara yang saya petik dari youtube kuliah Ustaz Jafri Abu Bakar. 

Hari ini saya ingin kongsikan resepi Ikan Cencaru Sumbat atau dipanggil juga cencaru sumbat belah belakang. Memang ikan cencaru sumbat adalah antara lauk kegemaran keluarga saya. Tak kiralah sumbat sambal atau sumbat kelapa. Semuanya mereka suka. 

Begitu juga dengan saya sendiri. Kalau makan tengahari di pejabat, nampak sahaja ikan cencaru sumbat, pasti ianya akan jadi pilihan. Lebih lebih lagi jika digandingkan dengan pajeri nenas atau pajeri terung dan telur masin. Saya boleh makan lauk ini tanpa jemu. Klik di SINI untuk entri cencaru sumbat sambal saya.

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Saya tidak meletak udang kering kerana saya pernah sekali menggunakan udang kering di mana badan saya allergik naik bengkak seperti gegata. Belacan pun saya letak sedikit sahaja. Jika anda tiada alahan, masukkan lah udang kering. Ianya pasti lebih sedap. 

Semua bahan ditumbuk tapi saya hanya menggunakan blender saya yang baru dibeli. Senang kerana boleh dikisar tanpa menggunakan air. Sangat sangat memudahkan kerja. Hahaha patut Phillip boleh bayar saya komisyen kerana memberi promosi percuma ni. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Jangan lupa menonton video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba....


Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Bahan bahan:
3 ekor ikan cencaru - belah belakang 
1/2 biji kelapa parut
1 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit pes asam jawa
Garam

Bahan Kisar:
2-3 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
1 batang serai - opsyenal
Sedikit belacan
Udang geragau/udang kering - opsyenal

Cara cara:
Ikan dibelah belakang dan dilumur garam kunyit. Ketepikan. 

Kisar bahan kisar dengan pengisar kering dan setelah hancur, dimasukkan sedikit kelapa parut, serbuk kunyit, garam dan asam jawa. 

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa


Kisar lagi kasar kasar sahaja. Bolehlah dirasakan sedikit kalau ianya telah secukup rasa. 

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Kalau semuanya sudah secukup rasa, sumbatkan ke dalam ikan dan sedia untuk digoreng. 

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Goreng dengan minyak tenggelam separuh dari badan ikan sahaja. Kenalah adjust supaya bahan sumbat tidak banyak terkeluar dalam minyak. Keluar sikit sikit lagi menyedapkan kerana ianya akan menjadi serdak seperti ikan goreng berempah. 

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Nota:
Boleh juga dibakar dalam kuali ajaib yang diletakkan sedikit minyak. 

Bahan di atas boleh guna untuk 3 ekor ikan cencaru tapi sebab saya ada 2 ekor sahaja, itu yang saya sumbat penuh penuh.

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

7 ulasan for "Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa"

  1. Assalam Azie…nampak sedap ikan cencaru sumbat ni…masakkan Azie memang sedap…dah banyak yg akak cuba👍👍lagi2 Azie gunakan chopper untuk memudahkan persiapan bahan…Akak memang dah lama guna chopper…memang sangat membantu…

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Kak Asnah. Itulah mcm rugi tk guna dari dulu. Sgt mudahkan kerja berbanding dg perlu tumbuk dg lesung batu.

      Padam
    2. Chopper ke food processor Philips?

      Padam
  2. Alahai sedapnya ikan ni... kak rose suka yang isi kelapa tu, apa lagi kalau dilawankan dengan pajeri nenas atau terung... agaknya citarasa kita sama.. hihi

    BalasPadam
  3. salam. byk resepi akak yg iqa buat. bila tekak teringin ja terus cari resepi kt sini. semua sedap nyunyum. thank u share akak. moga bertambah rezeki akak

    BalasPadam
  4. Saya xdk chopper tu mcm mnaa ek nak buat teringin nak buat .

    BalasPadam