Monday, April 16, 2018

Cucur Udang Sedap Azie Kitchen

Cucur Udang Sedap Azie Kitchen

Sejak tidak sihat kerana jangkitan bakteria dan radang paru paru, saya makan agak tidak menentu. Tidak lalu makan nasi. Bila disuap beberapa mulut, dah tak boleh lagi makan. Jadi saya akan teringin makan makanan ringan seperti kuih muih sahaja. 

Jika baru baru ini, Juita yang menyediakan Cucur Udang di SINI, kali ini saya terpaksa menyediakannya sendiri. Akhirnya lepas jer memasak, saya dah kepenatan dan terpaksa berbaring seketika. Nasib baik Nana balik awal, jadi saya mengajak dia untuk makan bersama.

Cucur Udang Sedap Azie Kitchen

Resepi cucur kali ini adalah percubaan saya untuk membuat sedikit kelainan dari cucur yang biasa dibuat sebelum ini. Alhamdulillah, sedap dan secukup jer lembutnya. 

Saya juga menyediakan sos cili pencicah untuk dimakan bersama cucur udang di SINI. Kata Nana, cucur ini secukup rasa bila dicicah dengan sos cili.

Jom layan resepi cucur udang yang saya sediakan hari ini. 


Cucur Udang Sedap Azie Kitchen

Cucur Udang Sedap Azie Kitchen

Bahan bahan:
250 gram tepung gandum 
300 ml air 
5 ekor udang besar - buang kulit dan potong kecil-kecil
1 biji bawang besar 
1 tangkai cili merah/hijau 
1/2 batang lobak merah 
Sedikit daun sup/daun bawang
Secubit serbuk kunyit - jika suka
1/2 sudu kecil garam 
1/2 sudu kecil gula 
Secubit soda bikarbonat - jika suka 

Cara cara:
Masukkan soda, garam dan gula serta serbuk kunyit ke dalam tepung gandum. Kacau rata.

Masukkan bawang, cili merah, daun sup dan karot. Gaul rata.

Cucur Udang Sedap Azie Kitchen

Cucur Udang Sedap Azie Kitchen

Tuang air ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. Jika terlebih air, boleh tambah tepung gandum. 

Masukkan udang dan dikacau rata.

Cucur Udang Sedap Azie Kitchen

Panaskan minyak yang agak banyak dan panas, sudukan bancuhan tadi ke dalam kuali.  Pastikan udang ada dalam setiap bancuhan semasa disudukan ke dalam kuali. 


Goreng hingga masak kekuningan.  Angkat dan tos. Sedap dicicah dengan sos cili pencicah di SINI.  

Cucur Udang Sedap Azie Kitchen

Nota:
Jika suka, boleh juga diletakkan segenggam taugeh.


1 comment:

  1. Sedapnya..SA biasanya letak tauge dan sedikit mauripan untuk lembutkan..nanti SA cuba soda bikarbonat plak

    ReplyDelete

Add your comment
EmoticonEmoticon