25 Dec 2017

Nasi Goreng Nasi Ayam Yang Teramat Sedap



Hari ini saya ingin kongsikan entri tertangguh, iaitu Nasi Goreng Nasi Ayam. Dah lama tertangguh. Ketika itu, Juita masih ada di rumah. Sebab nasi goreng ini sangat sedap, jadi saya ingin kongsikan buat semua follower. Memang menjadi rutin, setiap malam Hubby akan ke dapur untuk tolong mengemas atau menyimpan baki lauk pauk yang saya telah panaskan. Dia bertanya kenapa tidak disimpan baki nasi ayam selepas dia melihat periuk nasi diletak di sink. 

Sebetul Juita bertanya kalau boleh dibuang baki nasi ayam sebab dia nak basuh periuk. Saya menjenguk ke dalam periuk dan nampak macam baki sedikit sahaja. Jadi saya kata, Ok jer. Nasi ayam ini adalah lebihan dari nasi ayam yang saya sediakan sebelum ini di SINI. Rupanya bila dah dipindahkan ke dalam mangkuk, hampir satu mangkuk besar juga baki nasi. 

Hubby minta supaya digoreng untuk sarapan supaya tidak membazir. Maka jadilah nasi goreng nasi ayam gitu. Dah lah nasi goreng, nasi ayam pulak. Haa jadi lain kali, kalau anda semua menpunyai baki nasi ayam atau nasi lemak atau apa apa nasi selain nasi putih, jangan dibuang. Simpan dalam peti ais dan keesokannya boleh digoreng sebagai hidangan sarapan pagi.


Saya, Boy dan Juita bersarapan dengan nasi ni jer. Kebetulan Aween juga ada kuliah, jadi dia pun sekali bersarapan dengan kami. Hubby pun makan nasi goreng ni juga selepas balik dari Subang Jaya. Alhamdulillah saya bersyukur sangat kerana lebihan nasi ayam saya semalam telah menjadi hidangan sarapan kami pada pagi ini. Rezeki Allah buat kami. 

Memang sangat sedap. Satunya kerana nasi ayam sendiri sudah sedap dan berperisa. Aroma daun pandan, rempah kasar dan perisa ayam dalam nasi ayam memang semerbak. Keduanya, kami menggunakan beras basmathi yang memang panjang dan lembut nasinya. 

Teringat ketika kami menukar beras di rumah kami dari beras biasa ke beras basmati. Sebagai anak petani, saya hanya makan apa sahaja beras yang dihasilkan dari sawah ibubapa. Pada saya, itulah beras yang dimakan. Saya tak tahu pun ada beras yang sedap dan sebagainya. 

Suatu hari Nellisa yang ketika itu dibangku sekolah menengah, mengesyor pada Hubby supaya beli beras basmati selepas dia makan nasi yang sedap di rumah kawannya. Haa itulah kisahnya. Jadi sejak itu, kami beli beras basmati untuk nasi di rumah kami.

Adui jauh pulak saya menulis. Hingga sempat bernostalgia. OK berbalik pada nasi goreng nasi ayam sedap ni, kali ini semua bahan saya hiris hiris jer, tak ada nak tumbuk tumbuk pun. Kira campak campak jer dengan menggunakan apa apa bahan yang ada dalam peti ais.  

Saya tak letak cili kisar sebab saya kuatir merubah rasa nasi ayam, jadi saya gantikan dengan beberapa tangkai cili padi supaya ada rasa pedas pedas sikit. Percubaan menjadi, bila tergigit cili padi terasalah juga sedikit pedasnya. Saya juga biarkan daun pandan dan rempah penumis di dalam nasi, semuanya digoreng sekali.

Kebetulan ada juga seketul baki ayam madu dari nasi ayam, jadi saya carik carikkan dan masukkan sekali. Misinya adalah jangan membazir. Jadi memang tak diletak apa apa lauk lain kecuali telur. Tapi rasanya memang boleh bagi 9 dari 10 bintang. Hahaha

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini sebagai panduan sahaja. Kalau kita mak mak yang dah biasa memasak, tak payah tengok resepi pun tak apa. Sekadar tahu yang baki nasi ayam, sangat sedap dijadikan nasi goreng jer. 



Nasi Goreng Nasi Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi ayam
4 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
4-5 batang kacang panjang - potong kecil
3-4 tangkai cili padi - potong kecil
Ayam nasi ayam - carik kecil
Serbuk perasa Maggi Cukup Rasa
Garam - jika perlu
2 biji telur
Minyak masak

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris. 





Masukkan isi ayam yang telah dicarik halus diikuti dengan telur. Kacau rata. 





Masukkan pula kacang panjang dan cili padi. Kacau rata. Masukkan nasi ayam dan kacau supaya bergaul rata. 




Akhir sekali, masuk sedikit serbuk perasa Cukup Rasa. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan. 




Selamat mencuba....


2 ulasan

Dulu saya bekerja di kedai masakan panas (tahun 1996, kalau menu nasi goreng, memang menggunakan nasi ayam utk nasi goremg tersebut. Sebab tu, selalu laku keras

Kadang kalo ada lebihan nasi tomato pun boleh jadi nasi goreng..hanya tumis bawang, pecah telur dan gaul dengan nasi tomato..letah garam atau perasa sikit..nak bagi lagi sedap..


EmoticonEmoticon