29 Oct 2017

Petua Sediakan Cili Kering Kisar

Petua Sediakan Cili Kering Kisar

Cili kering kisar? Ya hari ini nak bercerita bab petua menyediakan cili kering kisar. Untuk memudahkan kerja, kita perlu membuat persediaan awal terutama bagi wanita yang bekerja. Dalam keadaan semua mahal sekarang ini, eloklah kita perbanyakkan memasak sendiri di rumah. Selain sedap, juga terjamin kebersihan dan juga kesihatannya kerana kita tahu bahan yang digunakan. 

Antara bahan yang perlu ada di dalam peti ais adalah cili kering kisar. Jika tak ada, mood nak memasak pun akan ke laut. Sebab cili kisar di perlukan dalam pelbagai jenis masakan seperti untuk menggoreng mee, memasak sambal tumis, membuat asam pedas, memasak rendang dan macam macam lagi.

Jom kita tengok cara cara penyediaannya. Mula mula pemilihan cili kering. Saya memang memilih cili kering yang tidak kerinting dan tidak juga bersaiz besar. Saya pilih yang sedang sedang dan berkilat cantik. Cili kering akan digunting kecil dan disimpan dalam peti ais sehingga tiba masa hendak digunakan.

Cili yang telah digunting direndam dalam air seketika untuk basuh bersih. Maklumlah kita tidak tahu keadaan penyediaannya semasa dikeringkan. Masukkan dalam periuk, masuk air secukupnya dan saya tuangkan sedikit minyak. Rebus sehingga mendidih dan tutup api. Sejukkan.

Buang air rebusan dan basuh lagi. Lepas tu di tos sehingga kering. Kita tak mahu ada air sebab air akan menjadikan cili mudah berkulat. Cantikkan rupa cili yang telah direbus dalam gambar di bawah ini...

Petua Sediakan Cili Kering Kisar

Masukkan cili tadi ke dalam blender dan tuang beberapa sudu minyak dan kisarlah seperti biasa. Buat sedikit sedikit supaya blade blender boleh bergerak. Tuang ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.

Petua Sediakan Cili Kering Kisar

Nampak tak cili kering kisar seperti tidak berwarna merah. Tapi jangan risau kerana ketika ditumis, warnanya merah cantik jer. Tengok gambar di bawah ini...

Petua Sediakan Cili Kering Kisar

Bila kita kisar dengan minyak, kerja menumis menjadi lebih cepat kerana sambal lebih cepat garing. Masa menumis menjadi lebih pendek. 

Petua Sediakan Cili Kering Kisar

Pendek kata jimat masa, jimat kos dan segalanya jimat jika disediakan sendiri. Jangan lupa mencubanya... 
  

3 ulasan

Assalamualaikum puan. Terima kasih kongsikan tips berguna, sebab biasanya saya akan tambah air juga ketika mengisar cili. Patutlah ia berkulat bila disimpan lama. Sekarang dah tahu tak boleh campur air.

Salam...ooo baru tau petua x perlu blend dengan air. Thank you for sharing puan Azie. Selalu mmg blend dengan air tahan seminggu je.


EmoticonEmoticon