Ayam Masak Kicap Paling Simple





Sejak pandai ber Instagram ni, rajin juga saya melayan video ringkas artis yang suka memasak. Antara yang saya suka tengok ialah IG masakan Fasha Sandha dan Dato Aliff Terlajak Laris. Nampak macam mereka pandai memasak. Lauk lauk yang dimasak oleh Fasha adalah lauk harian yang mudah seperti ikan kembong goreng, sup ayam, ayam masak kicap, sambal belacan dan sayur bayam. 

Yang simple begitu, juga yang tak jemu dinikmati. Walaupun sekadar ikan kembong goreng, tidak semua kita pandai menggoreng ikan dengan garing walaupun setelah sejuk. Begitu juga dengan sambal belacan, tak ramai orang rajin untuk menumbuk cili untuk dibuat sambal belacan. Itu termasuklah saya sendiri. Lagi yang saya tengok ialah ayam masak kicap yang sangat simple, sesuai untuk hidangan anak anak kecil yang tidak boleh mengambil makanan pedas. Jadi hari ini, saya memasak ayam masak kicap seperti Fasha Sanda. Masak kicap kosong kerana tidak diletakkan cili kisar atau serai atau kulit kayu manis pun.




Sementelah menyentuh nama Dato Aliff Syukri Terlajak Laris, saya sebenarnya tidak pernah kisah pun mengenai beliau. Cuma satu hari bila terbaca IG beliau, saya tiba tiba menjadi kagum akan kegigihan dan semangat kental yang beliau miliki. Ketiadaan kelulusan tinggi dan ketidakpandaian berbahasa Inggeris bukan menjadi penghalang untuk beliau menggapai kejayaan. Yang penting dalam pekerjaan, terutama yang bekerja sendiri mesti lah bekerja dengan bersungguh sungguh. Jangan nak mengambil kesempatan atas kebaikan dan pertolongan yang diberi oleh boss. Kena menjaga batas dalam pergaulan. Kena tahu batas antara boss dengan staf. Kena sensitif dengan perasaan dan maruah orang lain.

Berbalik kepada resepi pula, masakan seperti ini sangat praktikal disediakan di kala sedang bercuti sebab bahan yang digunakan sangat simple dan memasaknya juga sangat mudah. Ada kalanya saya suka tinggal di apartment yang boleh memasak masa bercuti terutama ketika ke Kota Kinabalu. Puas dapat menjamu anak anak dengan makanan laut yang lebih jimat dan sedap jika dimasak sendiri. Resepi ini hanya menggunakan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk. Jika suka, boleh juga diletakkan sedikit halia tetapi anak anak mesti tidak suka rasa halia.... Jom kita layan resepi mudah ini.





Ayam Masak Kicap Paling Simple

Bahan bahan:
6-7 ketul ayam -  lumur garam kunyit dan goreng
Kicap lemak manis
1/2 biji bawang besar Holland - belah 6
1 tangkai cili merah/cili padi
Beberapa helai daun kari - tak letak

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak menggoreng ayam dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau rata.

Masukkan pula kicap lemak manis secukupnya. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah. Sesuaikan rasa. Bolehlah ditutup api.


Ayam Masak Kicap Paling Simple Ayam Masak Kicap Paling Simple Reviewed by Azie on November 17, 2016 Rating: 5

20 comments

  1. Walau pun simple, tapi nampak sedap.
    Lebih2 lagi kalau guna daging ayam kampung.

    ReplyDelete
  2. Salam . . . Masakan yang paling simple jika di bandingkan resepi Azie yang sebelum ini. Tetapi resepi dari blog Azie Kitchen memang pilihan. Blog puan memberi inspirasi untuk saya berblog juga. Jika ada masa silalah baca puisi 'Pilih Resepi' di blog notatertulis.blogspot.com terima kasih.

    ReplyDelete
  3. lgi satu saya suka follow noor nabila kakak neelofa.. resepi dy pun simple tapi yummy sngt

    ReplyDelete
  4. Kak Azie, that looks delicious. That's why I love your blog. Your recipes are simple and yet the results are delicious. I tried your nasi goreng petai with ikan bilis and it was simply amazing!

    ReplyDelete
  5. Lauk pauk yang simple pun kaau pandai buat sexappp sangat. Makan dengan kicap cili potong. Fuhhh

    ReplyDelete
  6. Ayam masak kicap..fav anak2 jugak..mamanya pun suka sebab senang hehe..next time bleh try resepi akak plak ;)

    Jemput datang ke blog saya yer Kak Azie

    yanifreshpickslovers.blogspot.my

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak... saya student di universiti islam madinah al munawwarah, Arab Saudi... saya selalu mencuba resepi kak dan semuanya Masya Allah sedap... kadang2 dah boring makan makanan arab sya akan buka blog kakak n cuba resepi2 dalam nie... Terkenang sekejap kampung huhuhu

    ReplyDelete
  8. Salam..saya suka follow resepi dari blog akak..keep it up

    ReplyDelete
  9. As slm...terima kasih resepi dri blog adik byk bantu kak, masakan yg simple tpi sedap...

    ReplyDelete
  10. Dah cuba resepi ni...sedap sgt. Sy tambah sos tiram sbb dh alang2 ada. Suami tambah 4 kali 😂

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Saya tak letak. Masak kicap ada masin manis dah OK. Jika suka campaklah sekeping asam keping atau asam jawa

      Delete
  12. Oo yer ker...X der asam jawa pun x per

    ReplyDelete
  13. Selalu juga masak ayam kicap ni. Hari ni anak minta masak ayam masak kicap lagi. Terus teringat blog puan. Sangat simple. Hasilnya.... selepas berbuka nanti tengok respon anak dan suami macamana. Terima kasih puan.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atas resepi..boleh cuba jemput singgah blog saya dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete
  15. Terima kasih akak :) Sbb sudi share ilmu. Sy akan bertolak ke UK utk blajar tak lama lg. Ngah bljar memasak spy mudah bila di sana nnti. Suka baca blog akak. Resipinya mudah & simple.

    ReplyDelete
  16. salam,daun kari tu utk ape ye akak?

    ReplyDelete
  17. Sy mmg suka follow blog resepi akak. Mmg mudah n simple nak buat. Menjadi pulak tu. Sangat sedap. Thanks kak sbb bg resepi yg mmg senang n mudah utk masak

    ReplyDelete
  18. Saya suka ayam masak kicap.

    ReplyDelete