15 Jun 2014

Tempe Goreng


Tempe Goreng


Sejak dalam projek menguruskan berat badan, saya banyak makan sayuran dan buah buahan di waktu malam. Atau saya hanya meratah lauk atau tempe sahaja. Saya perlu memperbanyakkan makanan berasaskan protein. Saya mengambil hanya sesenduk nasi sahaja sehari. Alhamdulillah, sejak mengubah cara pemakanan, telah menampakkan perubahan. Badan terasa lebih ringan dan cergas.

Saya menyediakan tempe goreng yang ringkas. Saya melihat ada pelbagai cara penyediaan tempe goreng. Ada yang berempah dan ada juga yang dicelup tepung. Saya hanya melumur dengan sedikit serbuk jintan sahaja bagi memberikan sedikit rasa apabila meratah tempe secara begitu sahaja. Jom kita tengok bahan yang saya gunakan seperti di bawah....


Tempe Goreng

Tempe Goreng
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Tempe - potong
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk ketumbar
Garam

Cara cara:
Satukan semua bahan dan lumur pada tempe. Biarkan seketika sebelum digoreng sehingga garing.

Bolehlah dimakan dengan nasi putih atau diratah begitu sahaja.


3 ulasan

alahai, comel je tempe tuh..mesti sedap ni kan..

Hi Kak Azie! Me too have been avoiding carbs. But cannot tahan when I see other people enjoying their rice and noodles LOL! I would say that it is very effective for weight loss but I cheat sometimes. I love tempeh and wouldn't mind eating it just like that!

Sy jg suka tempe. One of my favourites. Mesti Teringat zaman Budak2 Bila mkn tempe ...


EmoticonEmoticon