Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Easy Cakey Chocolate Brownies



Easy Cakey Chocolate Brownies


Sekembali dari Segamat, saya terlihat Juita ada menyediakan Chocolate Brownies yang sudah siap terhidang. Saya sebenarnya tak berapa gemar makanan bercoklat. Entah lah, agaknya sebab dari kecik tak biasa makan coklat kot. 

Kecik kecik hanya reti makan gula gula jer, mana tahu pun nak makan coklat atau apa apa yang berperisa coklat. Memang tak kenal. Makanya sampai sekarang tekak saya pun jadi macam ni. Jadi tak mencintai coklat. Cuma kebelakangan ini sahaja, tekak saya dah pandai berselera mewah dengan makan coklat berjenama mewah dari luar negara.


Easy Cakey Chocolate Brownies

Sebelum kita tengok resepi, saya inginlah selitkan sedikit sebanyak apa yang saya pelajari semasa kuliah zohor oleh Ustaz Ibrahim Muhamad di pejabat sebagai perkongsian ilmu yang bermanafaat. Rasulullah bersabda, Sesungguhnya telah berjaya dunia dan akhirat bagi sesiapa yang memiliki:

1. Islam. 3 ciri orang Islam yang sebenarnya. Tunduk pada Allah atas prinsip tauhid, patuh pada Allah dg melakukan ketaatan, melepas diri dari kesyirikan. 

2. Diberi rezeki yg mencukupi. Rezeki di sini termasuklah kesihatan dan kebahagiaan serta ketenangan.

3. Hidup Qanaah. Puas dan redha atas apa yg diberi. Cepat cepat doa pada Allah. Kena usaha supaya jgn ada.

Mengikut Ustaz Ibrahim, perkara ke3, mestilah diusahakan sedikit kerana ianya agak sukar dicapai. Setiap kali mempunyai perasaan dengki pada kelebihan orang lain, kenalah cepat cepat mengingati Allah supaya perasaan itu dapat segera disingkirkan. 

Jom kita tengok resepi yang Juita ambil dari blog Dayang Jack di SINI

 
Easy Cakey Chocolate Brownies

Easy Cakey Brownies
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan :
2 biji telur A (dipukul sedikit)
½ cawan tepung naik sendiri
 cawan koko
¾ cawan gula perang lembut (soft brown sugar) - boleh tambah jika nak lebih manis
½ cawan mentega - dicairkan
1 sudu kecil esen vanilla
hirisan badam, kismis, dsb - optional 

Frosting : Optional
¾ cawan gula halus
3-4 sudu besar serbuk koko
50 g mentega - dicairkan
1 sudu besar susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 170-180C. Lengserkan dulang pembakar dengan mentega dan taburkan sedikit tepung.

Satukan mentega yang sudah dicairkan bersama gula, telur dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.

Masukkan tepung dan koko. Kacau lagi hingga sebati. (boleh juga campurkan badam, kismis dsbnya jika suka)

Tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar selama 25-30 minit.

Untuk frosting: Satukan kesemuanya di dalam mangkuk dan kacau atau putar hingga sebati. Kemudiankan hiaskan pada brownies yang masih panas.

 
Easy Cakey Chocolate Brownies


 
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Easy Cakey Chocolate Brownies"

  1. Menggoda jiwa....alangkah bestnya kalau dapat makan satu slice brownies...

    BalasPadam
  2. sy suke colkat yaya jer tok ser mkn...brownies si my feverete..bermcm--mcm resepi dah di cuba...semuanya sukses

    BalasPadam
  3. bagus juga sekali sekala makan brownies ni..

    BalasPadam
  4. Nak try ler simpler jer....mcm sedop jer .

    BalasPadam
  5. Hello Azie, I tried your recipe. It turned out very well. The credit goes to you.:-D

    BalasPadam