4 Jun 2012

Akhirnya Puteri Ayu...Selepas 25 Tahun


Akhirnya Puteri Ayu...Selepas 25 Tahun
 
Saya pertama kali makan dan terus menyukai kuih ini 25 tahun yang lalu ketika MIL mengadakan kenduri sempena melenggang perut semasa saya mengandungkan Nana Ain, anak sulung di kampung. 

Mereka menyediakan apam Puteri Ayu sebagai hidangan untuk majlis itu. Sejak itu, saya mula membeli acuan Puteri Ayu tetapi sehingga kini, saya belum pernah cuba membuatnya sendiri. Banyak juga acuan yang dah hilang dan dibeli ganti tetapi belum juga menggunakan acuan, apalagi membuat kuihnya. 

Entah kenapa saya tidak terbuka hati untuk membuatnya. Tambahan dulu agak sukar untuk mendapat resepinya, hanya bergantung kepada majalah atau resepi orang orang tua yang sukatannya berdasarkan agak agak sahaja.


Akhirnya Puteri Ayu...Selepas 25 Tahun

Tapi kini fenomena sudah berubah, orang tidak lagi kedekut ilmu terutama blogger masakan yang dengan terbuka berkongsi resepi demi mengejar ganjaran pahala perkongsian ilmu yang bermanafaat. Bukan sahaja resepi tetapi segala tips bagi menghasilkan kuih muih yang sedap dikongsi samada untuk kegunaan sendiri atau untuk berniaga. Tiada rasa terancam atau persaingan. 

Saya pernah mendengar sendiri seorang makcik yang mengajar resepi merungut kerana orang yang diajar juga membuka gerai di bazar ramadhan bersebelahan. Sepatutnya dia berbangga kerana membantu orang berkenaan mencari rezeki dengan ilmu yang diperturunkan. Saya agak kesal mendengarnya tapi tak mengapa lah, itu hak masing masing.


Akhirnya Puteri Ayu...Selepas 25 Tahun

Akhirnya Puteri Ayu...Selepas 25 Tahun

Lagi satu resepi resepi yang diberi di majalah atau buku masakan satu ketika dulu memang kebanyakannya tidak menjadi kerana mungkin resepi tidak diberi dengan tepat atau cara cara yang betul tidak dikongsi. Yang ini, saya alami sendiri menjadikan saya tidak mempercayai resepi di dalam majalah. 

Tapi kini amat bersyukur kerana orang seperti saya yang dulu tidak tau memasak kerana mungkin tidak mempunyai resepi atau tidak tahu cara cara membuatnya, kini menjadi sangat berminat. Tanya jer Encik Google, terus diberi pelbagai resepi yang dikongsi secara langkah demi langkah lagi. Ini adalah salah satu perkara yang positif berkenaan teknologi yang menjadikan dunia tanpa sempadan lagi.

Saya terpanggil untuk cuba membuat Puteri Ayu selepas terpandang entri yang dibuat oleh Nasi Lemak Lover tetapi saya menggunakan resepi yang dibuat oleh CMG. Tak payah nak minta minta izin kerana mereka dah mengatakan dengan ikhlas niat berkongsi resepi, kan? 

Hari ini sebaik sampai sahaja dari Penang, kami terus ke USJ untuk mengambil Rizky kesayangan yang ditinggalkan di rumah kawan Boy kerana semua boarding di Kota Damansara sudah penuh. Sesampai di rumah, terus menyiram pokok dan masuk dapur. Frust juga sebab terpaksa mengambil gambar dengan menggunakan lampu yang tidak berapa cantik berbanding dengan cahaya matahari semulajadi yang saya pelajari dari Che CT dari Dapur CT. Apa apa pun jom layan gambar dan resepinya....


Akhirnya Puteri Ayu...Selepas 25 Tahun

Puteri Ayu
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-Bahan - 17 biji
1 biji telur gred A (guna 2 gred B)
80 gram gula halus
80 ml pati santan
1/2 sudu kecil pes pandan
1/2 sudu kecil ovallete
90 gram tepung gandum*
1/2 sudu besar tepung ubi* (*disatu dan diayak)

Gaul rata:
1 cawan kelapa parut
1 sudu besar tepung jagung
1/4 sudu kecil garam halus

Cara cara:
Sapu rata acuan kuih puteri ayu dengan sedikit minyak masak kemudian masukkan 1 camca teh parutan kelapa dan tekan sampai padat. Ketepikan.

Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Masukkan pes padan dan gaul rata. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan santan hingga habis. Gaul hingga sebati.

Sudukan ke dalam acuan yang telah diisi dengan kelapa tadi. Kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan. Boleh dihidangkan....

Akhirnya Puteri Ayu...Selepas 25 Tahun

Akhirnya Puteri Ayu...Selepas 25 Tahun

Akhirnya Puteri Ayu...Selepas 25 Tahun


19 ulasan

alahai..cikwan suke kuih ni kak..ayu2 gitu...lamenya kak. lebih kurang umur cikwan tu... ;))hehe..

CW, itulah pasal. Yang best nyer, sentiasa beli acuan. Bila hilang, beli lagi. Masa pindah ke KD, banyak yang hilang, pun dah berganti. Hanya semalam jer terbuka hati untuk mencubanya. Tapi berbaloi penantian sekian lama kerana kuih yang dihasilkan sangat lah lembut dan gebuzzz. Yang penting, dah berjaya memecah rekod sendiri. Untung CW, muda muda nak berjinak dg dapur. Puashati dapat menyajikan makanan dan kuih muih untuk keluarga.

awal pepagi,jln 2kt sini tgk puteri ayu ini...suka jugak kuih ini....ntah bila lg nk membuatnya...

Myda, membuatnya tak susah, sekejap jer dah boleh dikukus tapi nak memulakan langkah pertama tu yang selalu bertangguh. Kalau buat ramai ramai di dapur, lagi seronok.

First class la kuih Pn Azie!!..cantik dan berseri sangat...:D

Shima, seganlah saya dengan pujian setinggi itu. Rasanya banyak kekurangan, maklumlah kelapa parut dibeli di kedai walaupun dipesan mahu yang putih sahaja, ada juga yang lain. Buat kuih pulak tengah malam dalam keadaan yang tergesa gesa dan kepenatan.

Terima kasih lah atas sokongan selama ini.

dah lama cari resepi kuih ni... tak jumpa sebab tak tau nama.. ingat nama dia apam ..hehhe..
sedapnyer.. nak trylah nanti pakai resepi akak..

Lysna, try lah. Sedap sangat. Dah try bagi feedback ya. Kena cari kelapa parut yang muda sikit, baru sedap

Anak sy suka mkn kuih ni. Tq krn sudi share resepi ini.

Ungku Azlina
Shah Alam

Saya nak cuba resepi yang ini

Salam pn Azie..terima kasih banyak 2 kerana bagi resepi yg confirm menjadi..sblm cuba resepi ni..pernah cuba resepi org lain taping kuih jd bantat..tp bila kawan cuba resipi ni..bos siap puji lagi sebab sedap dan gebu

Tq pn azie..sy br nak try buat kuih ni..harap2 menjadi la nnt...

Assalamualaikum sis.. Alhamdullilah sy da try buat ikut resepi sis.. menjadi jg 😊😊

Salam puan. Nak Tanya puteri ayu ni boleh ke kita frozen kan?

Wslm. Kelapa tu tak tahan lama

Dah cuba buat tp kuih kita jadi bantat dan berat semacam jer

Semalam dah buat kuih ni ikut resepi yg diberi. Tq puan. rasa teruja sangat sebab kuih kesukaan berjaya dibuat sendiri. Harini nak cuba kuih sagu pula.

Guna telur 17 biji ke...atau 1 gred A dan 2 gred B...mohon pencerahan..


EmoticonEmoticon