16 May 2012

Masak Asam Pedas Ikan Bawal Putih


Masak Asam Pedas Ikan Bawal Putih

Hari ini selepas ke klinik, saya terus balik berehat di rumah. Entah kenapa sakit perut kerana angin tak mahu hilang walaupun dah ambil ubat. Doktor minta saya melakukan laporoskopi, betul ke ejaan ni jika sakit saya masih berterusan di dalam masa 1 minggu. Malam tadi tak boleh tidur, sakit melolong yang tidak boleh nak diceritakan dengan kata kata. Memang saya tidak pernah mempunyai sejarah gastrik dsb.

Hubby beritahu yang malam nanti, beliau ada mesyuarat jadi dia membelikan ayam dan ikan cencaru untuk dibuat Cencaru Sumbat Belah Belakang untuk dimasak buat hidangan makan malam nanti. Bila Aween turun dari bilik sebelum ke sekolah dan melihat saya di dapur, banyak pula permintaannya. Minta dimasakkan Ayam Masak Sweet Sour, Kerang Rebus lagi.  Untuk tidak menghampakan mereka, saya bertahan juga untuk memasak Cencaru Sumbat Belah Belakang, Ayam Masak Merah dan juga Asam Pedas Ikan Bawal Putih. Kesemua lauk pauk ini dah biasa saya masak dan ada entri nya.


Masak Asam Pedas Ikan Bawal Putih

Hari ini saya nak bercerita pasal Ikan Bawal Putih yang saya beli di Pasar Taman Tun Dr Ismail sebelum bercuti ke US tempohari. Terus terang, ikan ni bukan lah kegemaran saya dan saya pun tak tahu yang harganya mahal sekali sehinggalah sahabat saya, Haji Hanan bercerita keenakan ikan bawal putih yang dimasak kari oleh jirannya. Terliur sungguh bila dikatakan isi ikan bawal putih yang besar, seakan isi ketam rasanya. Aduhai lagilah tangkap leleh. Patut lah ikan ini menjadi kesukaan orang Cina kerana rasanya yang enak. Barulah juga saya tahu yang ikan ini perlu dibeli yang besar dan gemuk, barulah isinya sedap. Selama ini saya cuma makan ikan bawal putih yang kecil dan nipis leper jer.   

Bila saya bertanya Apek yang jual ikan, apa masakan yang sedap untuk ikan bawal putih, spontan jer dia menjawab Masak Asam Pedas. Bila bertanya rakan sepejabat saya Rohaya, pun jawapannya Masak Asam Pedas. Jadi memang sah lah ikan yang dalam peti rumah saya akan berenang masuk dalam kuah Asam Pedas. Cuma kali ini saya tidak menggunakan resepi Masak Asam Pedas yang biasa saya guna di SINI tetapi menggunakan resepi Chef Liza. Saje jer untuk membuat sedikit kelainan, walaupun rasanya lebih kurang sahaja. Jom layan resepi...


Masak Asam Pedas Ikan Bawal Putih

Masak Asam Pedas Ikan Bawal Putih
Oleh: Azie Kitchen

Bahan
2 ekor ikan bawal putih
10 biji bendir
1 biji buah tomato [belah 4]
1/2 cawan jus asam jawa
5 tangkai daun kesum
1 tangkai bunga kantan [belah 2]
4 s/b minyak masak
Garam

Bahan mesin
10 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 s/k kunyit serbuk
3 cawan air

Cara cara
Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.





Masukkan ikan dan garam dan biarkan sehingga mendidih lagi. Masukkan buah tomato, daun kesum, bunga kantan dan bendi.




Masak Asam Pedas Ikan Bawal Putih


Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan sayur lembut. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.



Masak Asam Pedas Ikan Bawal Putih

Masak Asam Pedas Ikan Bawal Putih

Enjoy...


4 ulasan

asam pedas fav semua kat rumah kak Noor Zie,tak kira asam pedas ikan ke ayam ke on je pasti sedap apa lagi kalau ikan bawal putih ni pasti enak bangat kan

Kak Noor, kalu buat kuah pekat pekat sikit, sedap dicicah dengan roti gardenia. I suka sangat ayam masak asam pedas tapi belum pernah memasaknya sendiri. Nanti nak cuba lah sekali

Assalammualaikum..kak azie..kalau xde daun kesum...sedap tak guna daun kari dan daun limau purut serentak..harap kak azie bg pndpt =)

Biasanya saya gunakan daun kari sekali dg bunga kantan. Tak pernah pulak daun kari dg daun limau purut


EmoticonEmoticon