Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Agar agar Sirap Ros

Azie 26/12/2011 1 ulasan


Agar agar Sirap Ros


Agar agar ini amat sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut kerana ianya tidak menjemukan dan rasanya sangat sedap jika dihidangkan semasa masih sejuk. Penyediaannya sangat mudah.  

Kebiasaannya agar agar disediakan sebagai pencuci mulut majlis kenduri kawin kerana ianya mudah disediakan dan tahan lama. 

Jom kita layan resepinya ...


Agar agar Sirap Ros

Agar agar Sirap Ros
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 tahil agar agar
11 cawan air
3 cawan gula
Segenggam gula batu
Sirap ros
Daun pandan


Cara cara:
Masakkan agar agar, air dan daun pandan hingga agar agar hancur. 

Masukkan gula dan gula batu. Masak hingga gula hancur.  Masukkan sirap ros.  

Angkat dan tuangkan dalam acuan.



Agar agar Sirap Ros




Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan

Catat Ulasan