3 Sep 2011

Kuih Sagu



 Kuih Sagu Azie Kitchen



Kuih sagu adalah kuih kegemaran anak kedua kami, Nellisa. Kalau di bulan puasa, kami selalu membelinya di bazar ramadhan sebagai kuih untuk beliau makan selepas berbuka puasa. 

Saya belajar memasak kuih ini dari kakak ipar, Wan Azian secara kebetulan di mana sewaktu saya berkunjung ke rumahnya, beliau sedang memasak kuih ini. Dari situ, saya mula memasak sendiri kuih ini. 

Saya juga mengajar pembantu rumah sehingga dia juga pandai memasaknya. Sangat mudah dan cepat disediakan. 

Cuma masalah untuk mendapatkan kelapa parut muda untuk digaul bersama kuih ini sahaja. Kalau kelapa parut yang tua, kuranglah sikit keenakannya berbanding kelapa yang masih muda.



Kuih Sagu Azie Kitchen


Sementara anak anak masih bercuti, saya memasak kuih sagu sebagai sarapan di pagi hari raya ke 5.  Memang sedap kuih sagu ini lebih lebih jika dimakan ketika sejuk sedikit, nyaman jer. 

Jom kita layan, resepi yang saya gunakan pada hari ini...



Kuih Sagu Azie Kitchen

Kuih Sagu
Oleh: Azie Kitchen

Bahan- bahan:
3 cawan air
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
Beberapa titik sirap perisa rose dan pewarna merah
Sedikit kelapa putih + sedikit garam - gaul

Cara cara:
Didihkan air bersama perasa sirap hingga mendidih. Bila air dah telah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.

Kemudian bila dah nampak pekat sikit, baru dimasukkan gula pasir. Kacau sehingga pekat.

Bila dah likat sikit, masukkan ke dalam loyang untuk dikukus. Kukus sehingga sagu kembang dan tiada lagi putih putih (dalam anggaran 20 - 30 minit).

Sejukkan sagu di luar. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama sama kelapa putih. Siap untuk dihidangkan.



Kuih Sagu Azie Kitchen


Kuih Sagu Azie Kitchen
warna merah yang menyerlah



Kuih Sagu Azie Kitchen
boleh dilihat biji sagu yang bulat bulat



11 ulasan

Nampak sedap je nak try buat la...

Sy dh cuba ikut resepi ni tp step sy yg xbtol..sy msuk air dan pewarna merah lpas tu sy msuk gula pastu bru msukkn sagu..die jd lembik sgt..xleh potong..

Kalau xnak kukus boleh x..ada cr lain x

Boleh. Kacau atas dapur hingga sagu masak. Angkat dan sejukkan

Dh buat semalam. Xjdi.xnmpk pon sagu bulat2 mcm kat ats. Pdhal dh ikut step. Huhu. Dh jadi mcm agar2.

Tak jadi.lembik.ke sebab air byk sgt

Xjadi sagu mcm hancur2 😅

Dah 2thn buat alhmdulillah menjadi. Kuih febret suami. Kini berada di bumi London. Blog Pn Azie sntiasa menjadi rujukan. Bak kat suami, dah boleh bukak restoran. Terima kasih atas perkongsian ilmu.


EmoticonEmoticon