Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Uzbekistan Aku Datang Day 1

Azie 27/11/2026 Catat Ulasan


Alhamdulillah setelah bertahun merancang untuk ke negara Tan Tan, akhirnya tahun ini terlaksana. Sepatutnya tahun lepas, tapi destinasi ditukar ke Switzerland dan Itali. 

Kami bertolak dari rumah ke KLIA dengan grab pukul 6.30 pagi. Seperti biasa saat dan ketika di KLIA adalah saat paling menyeronokkan bagi sesebuah percutian. Kami berkumpul di KLIA 4 Jam sebelum penerbangan. 


Kami bersarapan di Restoran Noodle dengan ditaja oleh Datuk Khairi. Saya order roti bakar dan Hubby pula order mee kari. 


Selepas makan, kami bersembang sembang seketika kerana Datuk Khairi dan Encik Suhaimi tidak ikut percutian ini. Pukul 9.15 pagi, baru kami berjalan masuk ke terminal. 


Kami singgah di Rimba untuk bergambar. Tak pernah masuk selama ini. Bergambar di sini secara beramai ramai lagi lah menyeronokkan. 


Pukul 11.30 pagi flight Uzbekistan Airways berlepas dari gate C13 ke Tashkent Airport.  Pukul 1.00 tengahari, dihantar hidangan makan tengahari. Alhamdulillah sedap juga beef dan mashed potatoes. 

Pukul 4.00 petang dah terjaga dan tak boleh tidur. Terasa lama pulak nak sampai. 2 jam sebelum mendarat dihidangkan dengan sandwich daging. 

Kami tiba di Tashkent pukul 4.00 petang yang bersamaan dengan pukul 7.00 malam waktu Malaysia. 8 jam penerbangan. Kali ini kami memilih Azzair Travel di mana Dato Zubir, CEO sendiri mengikuti percutian kumpulan kami. Sesiapa yang ingin mengikuti pakej mereka boleh hubungi di nombor telefon : +60 16-213 4432. 

Kami disambut oleh Mr Karahmon tour guide tempatan. Beliau fasih berbahasa Inggeris, boleh berbahasa Melayu dengan baik dan arif tentang sejarah 2 Stan



Kami kemudian menaiki bas dan terus dibawa untuk makan malam di restoran. Cantik dekorasi restoran dan hidangan pun sedap sedap. 






Yang pasti ada ialah roti yang pelbagai corak. Kami dihidangkan dengan hidangan sup, sate ayam dan nasi putih seperti nasi beras wangi yang dimasak dengan minyak zaitun. Sedap sangat walaupun nasi dimakan begitu sahaja. 








Selepas makan, kami bergambar di dalam restoran sebagai kenang kenangan. Kemudian naik bas untuk dibawa check in di City Palace Hotel.  




OK sehingga di sini dahulu, nantikan entri seterusnya. 


Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan