Alhamdulillah saya baru tiba di tanah air selepas bercuti ke Uzbekistan dan Kazakhstan selama 12 hari 10 malam bersama dengan kawan kawan alumni. Tapi itu lah saya menjadi tak sihat dengan badan rasa sakit dan panas seperti hendak demam. Seharian hari ini saya berbaring sahaja.
Rasanya saya kekurangan air kerana bila travel kita agak sukar mencari tandas yang sesuai. Akibatnya kita kurang minum air untuk mengurang kekerapan ke bilik air.
Jadi kalau travel ke negara yang seperti ini yang mana kemudahan tandas duduk sangat kurang. Kena biasakan diri sebelum pergi. Tandas mereka juga tiada bidet. Kadang kadang ada disediakan dengan jug plastik untuk kegunaan. Jadi kita kena sediakan botol mineral kecil untuk dibawa ke tandas. Ok Insya Allah saya akan kongsikan percutian ini di blog.
Saya menyediakan masak lemak cili padi menggunakan santan segar untuk menjadikan kuahnya lebih sedap dan berlemak. Kalau guna santan kotak, bukan sahaja rasanya berbeza tapi rupa dan kejadiannya juga berbeza.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….
Masak Lemak Cili Padi Udang dan Nenas
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
500 gram udang
1 batang serai - ketuk
½ biji nenas
½ kg santan
1 keping asam keping
Garam
Daun kunyit - hiris
Bahan kisar:
1-2 genggam cili padi
2 inci kunyit hidup
Cara cara:
Masukkan nenas, serai dan bahan kisar ke dalam kuali. Nyalakan api dan masak sehingga air hampir kering.
Masukkan santan, asam keping dan garam. Kacau rata sehingga mendidih.
Akhir sekali, masukkan udang dan daun kunyit. Kacau rata sehingga udang masak dan boleh lah tutup api.




Ulasan
Catat Ulasan