Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Ayam Masak Merah Dan Rezeki Tidak Disangka sangka.

Azie 06/11/2026 Catat Ulasan

 


Tiada manusia yang tidak ditimpa ujian, namun ujian akan memberikan kematangan kepada kita. Ujian memberikan pengajaran dan seterusnya jika kita sabar dengan ujian, kita akan mendapat ganjaran pahala dari Allah. 

Kadang kita melihat hidup orang lain happy jer dengan duit yang banyak tetapi kita tidak tahu di sebalik apa yang kita nampak, mereka mengalami masalah keluarga, mungkin tiada dikurniakan anak, masalah kesihatan dsb. 

Jadi sabar sahaja dengan ujian yang datang. Siapa yang sabar akan diberikan ganjaran pahala. Baca surah 1000 dinar dan fahami terjemahannya. Insya Allah kita akan merasa lega kerana sesiapa yang bertakwa akan ditunjukkan jalan penyelesaian kepada masalahnya serta diberikan rezeki di jalan yang tidak disangka sangka. Aamiin. 

Di samping itu, amalkan berselawat ke atas baginda Rasulullah sebanyak 1000 kali sehari. OK sekarang kita masuk pula bab masakan. 




Hari ini saya menyediakan ayam masak merah atas cadangan Juita. Saya memang dah tak lalu nak makan lauk ayam. Anak anak pula, suka lauk ayam. Jadi saya menanya mereka apa nak masak ayam tersebut. 

Ayam masak merah ni kalau nak cepat, boleh guna pes Ready To Cook Azie Kitchen menggunakan sambal serbaguna Azie Kitchen. Tinggal tambah lah cili sos, tomato sos dan sos tiram. Tambah bawang besar hiris. Jadi lah ayam masak merah. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….



Ayam Masak Merah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

½ ekor ayam - lumur garam kunyit

1-2 batang serai - ketuk

6 sudu besar cili kering kisar 

1 sudu besar gula

½ sudu kecil garam 

1 biji bawang besar - hiris


Bahan kisar:

1 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

2 inci halia


Bahan sos:

1 sudu besar soş tiram

3 sudu besar sos cili - 3

1 sudu besar sos tomato


Cara cara:

Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah dilumur dengan garam dan serbuk kunyit sehingga 90% masak. Angkat dan ketepikan. 


Menggunakan minyak sama, masukkan cili kering kisar dan serai, tumis sehingga cili terbit minyak. 


Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga terbit minyak. Masukkan air dan tumis sehingga terbit minyak lagi. Masukkan garam dan gula. Boleh ulang proses masuk air ini beberapa kali sehingga sambal masak sempurna. 


Masukkan semua sos dan kacau rata. 

Masak sehingga terbit minyak. 



Masukkan ayam goreng dan bawang hiris. Kacau rata sehingga kepekatan kuah yang disukai. Jika suka berkuah, boleh tambah air panas. Kacau rata. Boleh tutup api. 





Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan