Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Tempe Orek Datin Atikah Dan Bab Udara

Azie 29/10/2026 Catat Ulasan


Alhamdulillah hari ini kita bersua lagi. Saya masih rasa tidak sihat di mana tekak rasa kering dan kepala rasa berat. Sepanjang jerebu menjadi semakin teruk, saya banyak berkurung di dalam rumah sahaja. 

Malam tadi, Nana ke Seoul untuk menghadiri kursus bersama kawan kawannya. Di dalam keadaan cuaca yang buruk dan tidak sihat ini, memang elok kalau kita pergi bercuti ke luar negara. 

Selama ini, kita mungkin tidak ingat untuk bersyukur bila dapat menghirup udara segar. Tapi bila dah jadi begini, baru lah kita tahu bahawa udara yang Allah jadikan untuk kehidupan manusia. 

Bayangkan jika kita tidak dapat bernafas selama beberapa minit, apa akan terjadi? Hahaha jadi bersyukur lah kita masih bernafas hari ini, masih diberikan peluang untuk hidup lagi pada hari ini. Semoga kita sentiasa diberikan petunjuk dan hidayah. Semoga kita diberikan ketenangan dan kebahagiaan sebenar. Aamiin. 



Saya menyediakan tempe orek mengikut resipj Datin Atikah. Kebelakangan ini anak saya, Aween suka makan tempe. Siap minta dibelikan tempe bila saya hendak ke kedai mencari bahan masakan. 

Saya pulak memang tak banyak resipi memasak menggunakan tempe. Jadi bila nampak dia memasak, macam mudah dan nampak sedap. Saya cuba menyediakan sendiri. Alhamdulillah sedap sangat. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….



Tempe Orek 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

2 keping tempe

½ sudu besar cuka

Kicap secukupnya

2 sudu besar sos cili

1 batang serai - ketuk

Sejemput ikan bilis

1 biji buah tomato 

3 helai daun limau purut


Bahan hiris:

5-6 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

1-2 biji chili merah


Cara cara:

Hiris nipis tempe dan goreng. Angkat dan ketepikan. 



Panaskan minyak dan masukkan serai, ikan bilis, bahan hiris dan buah tomato. Kacau sehingga hancur. 



Masukkan cuka dan sos cili. 


Masukkan tempe goreng dan kicap secukupnya. 



Akhir sekali, masukkan daun limau purut. Kacau rata. Boleh tutup api. 



Nota:

Jika suka, boleh juga masukkan kentang yang dihiris kecil dan digoreng. 


Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan