Telah beberapa hari saya mula terasa kesan jerebu bila badan menjadi gatal, mata menjadi kering dan gatal, tekak menjadi kering dan hidung mula bersin. Entah kenapa tak faham ada manusia yang tidak menpunyai sifat perikemanusiaan dengan sanggup membuat kebakaran semata mata untuk keuntungan dunia.
Bukan sahaja manusia yang terjejas kesihatan dan rutin kehidupan tetapi juga haiwan juga mengalami kemusnahan.
Saya tak pasti apa agama orang yang melakukannya tapi saya percaya setiap manusia tanpa mengira agama akan lebih memikirkan kebajikan manusia dari keuntungan dunia.
Semoga sesiapa yang melakukan kerosakan ini akan diberikan balasan yang setimpal samada di dunia atau di akhirat. OK sekarang kita masuk pula bab masakan.
Saya melihat video Datin Atikah Suhaimi, menantu kepada founder Zaitun Industries. Dia memasak sup ikan ala Chinese style. Nampak sedap sangat.
Jadi hari ini saya mencuba resipi beliau. Mudah, bahan bahan simple dan sangat cepat disediakan. Kalau masakan Cina, memang menggunakan banyak bawang dan halia. Sup nya lebih simple dan tidak banyak berempah.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….
Sup Ikan Chinese Style
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
½
Bahan bahan:
1 ekor ikan jenahak - fillet
2 kiub pati ikan bilis
Minyak bijan - opsyenal
Bahan sayuran:
1 biji buah tomato
1 batang karot
1 batang celery - tak letak
Bunga kubis
Kacang peas
Daun bawang/daun ketumbar
Bahan tumis:
1 biji bawang besar - belah 4
6 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
Cara cara:
Panaskan sedikit minyak zaitun dan goreng seketika isi ikan. Angkat dan ketepikan. Buang tulang, jika boleh.


Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumis.

Masukkan buah tomato dan karot. Kacau rata dan tumis sehingga terbit minyak.
Masukkan air dan kiub ikan bilis. Masak sehingga kuah mendidih.

Setelah karot lembut, masukkan sayur campur seperti bunga kubis dan kacang pes
Masuk ikan yang digoreng seketika.

Akhir sekali masukkan daun bawang dan sedikit minyak bijan.

Ulasan
Catat Ulasan