Saya kadang rasa macam tak percaya, bila melihat orang tua yang masih bercerita pasal orang lain dan suka jaga tepi kain orang lain. Nampak macam baik jer. Dia merasakan diri lebih baik dari orang lain. Merasakan diri lebih kaya dari orang lain. Tapi kalau dilihat cara pemakaiannya macam orang tak berada pun. Apa kepunyaan kita ialah apa yang kita makan, apa yang kita pakai dan apa yang kita sedekahkan.
Kalau duit berjuta di dalam bank pun, belum tentu lagi menjadi hak kita. Katanya macam orang kaya tapi satu handbag branded pun tak nampak lagi pegang di tangan. Usahkan Chanel, LV pun tak ada.
Bukan lah nak berbangga tetapi anak anak kami, semasa masih belajar lagi dah menpunyai handbag LV masing masing. Anak sulung saya semasa belum berkahwin lagi dah menpunyai rumah sendiri dan memandu kereta mewah sendiri.
Itu kisah orang tua tapi yang muda pun sama naik suka jaga tepi kain orang. Bercerita dan bergossip berkenaan famili orang lain. Sedang rumahtangga sendiri dah hancur lebur. Biarlah orang lain dengan kehidupan mereka. Tak perlu nak kisahkan. Jaga jer kehidupan sendiri.
Secara spesifik bab dia memperkatakan kehidupan saya. Biarlah saya nak dok London setahun pun. Saya ke sana pun dengan izin suami saya. Sepanjang di sana, anak anak datang seorang lepas seorang. Suami saya juga pergi beberapa kali ke London semasa saya di sana.
Kami juga tidak hanya dok di London tapi bercuti ke sana sini. Ketika itu, saya ke Itali, Switzerland, Scotland, Turki dan juga mengerjakan umrah. Itu tidak termasuk lagi tempat tempat di dalam UK sendiri dan waktu saya balik ke Malaysia.
Itu kehidupan saya. Tak perlu lah nak masuk campur dan jadikan bahan umpatan ya. Ok done luahan rasa hati hari ini. Yang suka mengumpat, boleh lah terasa dan sedar akan keburukannya.
Saya belajar resipi ini dengan rakan sekerja pada awal tahun 2000. Saya melihat Roslina bawa bekal sarapan roti putih dengan sambal tempe, ala ala sandwich. Saya terus minta diajarkan cara menyediakannya. Maklum lah di Kelantan, tiada orang jawa, jadi memang tak biasa makan tempe ini semua.
Dulu ada kawan sekolah, nama dia pelik. Kami semua kehairanan kenapa nama dia ada Radin dan panjang lagi. Bila dah masuk universiti, baru lah kenal keujudan orang keturunan Jawa bila sesama rakan mengusik mereka dengan panggilan Wak sebelum nama.
Saya suka sambal tempe yang kering kering sedikit. Tak suka yang sambal basah basah. Sehari selepas memasak lauk ini, Juita minta saya masak lagi sambal tempe ikan bilis ini.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….
Tempe Goreng Dengan Ikan Bilis
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 genggam ikan bilis
1 keping tempe - hiris nipis
3 sudu besar cili kisar
5 biji bawang merah - 3-4
sudu besar bawang tumbuk
1 sudu besar gula
½ sudu kecil garam
Minyak untuk menumis
Cara cara:
Goreng tempe sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Goreng pula ikan ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis cili kisar sehingga wangi dan garing.
Masukkan pula bawang merah yang ditumbuk kasar. Setelah wangi dan garing, masukkan gula. Gaul rata dan masukkan sedikit garam.
Sejukkan sambal sebelum dimasukkan tempe dan ikan bilis goreng. Kacau rata.
Simpan di dalam bekas bertutup supaya tempe dan ikan bilis kekal rangup.
Makan dengan nasi putih panas panas atau pun dicicah dengan roti putih seperti sandwich.
Nota:
Jika suka, boleh juga masukkan kacang tanah yang telah digoreng rangup juga.







Ulasan
Catat Ulasan