Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Sambal Sardin Dan Bab Para Suami Ingkar Perintah Allah

Azie 16/10/2026 Catat Ulasan

 


Zaman sekarang memang ramai orang yang membuat dosa secara terang terangan. Tak lah kata kita langsung tak membuat dosa. Tapi banyak yang kadang kadang tak terfikir dek akal bagaimana seseorang sanggup melakukannya. Hari ini viral di media social, bab tangkapan khalwat pasangan yang rasanya telah berkahwin pun. Dengan jelas ditunjukkan video kedua duanya dari mula masuk lift sehingga masuk rumah. 

Kalau dah masuk rumah itu, kira dah ada cukup bukti yang kedua duanya ada di dalam rumah tersebut, melainkan dibuktikan ada orang lain juga dalam rumah pada masa itu. Saya tak nak ulas lanjut bab tersebut tapi ramai sekarang para suami yang tidak takut melakukan dosa dengan menganiayai isteri. Selain curang, ramai suami tidak memberi nafkah dengan sengaja. 

Pasti ramai tahu, apa itu nafkah. Nafkah yang basic ialah menyediakan tempat tinggal, memberi makan minum dan mungkin duit untuk perbelanjaan barang peribadi seperti pakaian dsb. Tapi berapa ramai suami yang tidak mengendahkannya. Tidak merasa bersalah pun dan lagi tak malu mengharapkan isteri menghalalkan segala dosanya jika dia telah meninggal dunia. 

Macam mana rezeki nak barakah kalau perintah Allah yang ini pun tidak dipatuhi. Kedekut dan bakhil dengan orang yang banyak membantu di saat dalam kesusahan. Kena banyak menunaikan nafkah, kena keluarkan zakat. Barulah rezeki menjadi barakah. OK sehingga di sini dahulu, jom kita masuk pula bab masakan.



Saya memang suka makan sambal sardin. Walaupun nampak sangat mudah untuk menyediakannya tetapi untuk menyediakan sambal sardin yang sedap, pada saya sangat susah. 

Ada orang memasukkan pelbagai sos seperti sos tiram, sos cili, kicap dsb. Namun saya lebih suka resipi yang simple sahaja. Yang menggunakan bahan seperti membuat sambal tumis sahaja.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….


Sambal Sardin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 tin sardin - besar

1 biji bawang besar - hiris

2 ulas bawang putih - hiris

1 inci halia - hiris

2 sudu besar cili kisar

1 sudu garam

½ sudu serbuk perasa Aji

1 keping asam keping - saiz kecil


Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga naik bau. 


Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan tumis sehingga terbit minyak lagi. 

Setelah sambal benar benar garing, masukkan sardin sekali dengan sos. Masukkan juga asam keping, garam dan perasa. 

Masukkan air dan masak sehingga mendidih dan terbit minyak. Boleh tutup api. 


Nota:
Setelah sejuk, kuah akan menjadi pekat dan kering. 

Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan