Ramai orang di Malaysia mengalami masalah kesihatan akibat dari jerebu di Kalimantan. Bukan sahaja banyak aktiviti terpaksa dibatalkan tetapi juga sekolah terpaksa ditutup kerana bacaan index pencemaran yang sangat tinggi dan melepasi tahap bahaya.
Serious penat dengan jerebu ni kerana ia berlaku setiap tahun. Dah boleh tambah satu musim lagi di Malaysia iaitu musim jerebu. Mungkin untuk langkah pencegahan, kena kaji kemungkinan untuk menyaman negara yang memberikan masalah ini.
Ini dikira jenayah terancang kerana berlaku setiap tahun dan kesannya berapa ramai rakyat yang terkesan dengan masalah kesihatan seperti selsema, batuk batuk, pedih mata dsb.
Sangatbmenyedihkan bila berlaku kemalangan yang meragut 3 nyawa adik beradik yang dalam perjalanan le sekolah untuk melihat kalau sekolah benar benar ditutup. Jarak pengelihatan yang terhad, menyebabkan kenderaan mereka kemalangan dengan sebuah lori. Ketiga beradik meninggal di tempat kejadian.
Adalah diharapkan pihak berkuasa dapat melihat dan mengkaji perkara ini secara serious. Jangan biarkan pembulian dilakukan terhadap negara kita terutama pembulian kesihatan. OK sekarang kita masuk pula bab masakan.
Masa di kampung, kutip pucuk paku di hutan belakang rumah jer. Free. Siapa pun boleh pergi kutip. Jadi masa tu, rasa sayur pucuk paku ni biasa jer. Makanan kampung.
Tapi sekarang bila dah dok di bandar, baru rasa betapa susahnya nak dapat pucuk paku. Beli 2 ikat pun dapat sikit jer. Harga RM8.00 untuk 2 ikat. Banyak yang dah tua. Jadi bila dah siap, memang sedikit sahaja.
Kalau pucuk paku, saya suka masak yang simple jer. Baru sedap dan terasa lemaknya pucuk paku. Setiap kali makan ni, memang tak puas kerana dapat sikit seorang sahaja.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….
Pucuk Paku Goreng Dengan Telur
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 ikat pucuk paku
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji telur
Sedikit garam
Bahan kisar:
Setengah genggam cili padi - ikut pedas disukai
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hiris dan bahan kisar sehingga garing dan terbit minyak.
Masukkan sedikit garam.
Masukkan sayur pucuk paku dan kacau rata.
Akhir sekali, pecahkan telur dan kacau rata. Siap.



Ulasan
Catat Ulasan