Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Nasi Goreng Kampung Dan Bab Harga Tiket ECRL

Azie 21/10/2026 Catat Ulasan

 


Dalam Threads banyak komen berkenaan dengan harga tiket ECRL. Berikutannya, ramai pula membalas dengan menghentam dan menulis komen yang sarcastic. Sebenarnya harga untuk ticket ekspress tu biasa sahaja untuk orang kebanyakan. Tapi untuk orang yang menpunyai anak ramai, agak mahal walaupun ada diskaun untuk anak anak dan pelajar. 

Jadi yang rasa tiada masalah seperti itu, tak perlu lah nak kecam atau menulis komen yang sarcastic. Saya faham jer masalah mereka. Bagi orang seperti saya yang bermula dari zero di bandar pada awal membina kehidupan dengan menpunyai anak yang ramai, memang kena buat perkiraan kos dan masa sebelum membuat sebarang keputusan. 

Sehingga sekarang pun, kalau nak balik kampung kena buat perkiraan juga. Kalau naik flight, kos seorang RM600. Kalau 6-7 orang, dah berapa. Jadi sebagai alternatif, balik dengan menggunakan kereta MPV ke. Atau lepas ini, boleh menjadikan ECRL sebagai alternatif perjalanan. 

Begitu juga bila ada ECRL, kos seorang untuk 2 hala RM300 dengan masa perjalanan 4 jam. Jika perjalanan dirancang awal, dengan harga tersebut boleh dapat harga tiket flight. Lagi pula, rumah saya lebih dekat dengan Subang Airport. Kalau dengan ECRL untuk satu keluarga, mungkin sama mahal dengan flight. 

Ia tidak bermaksud mereka yang menulis tiket ECRL mahal mengharapkan percuma tapi mungkin sekadar perkiraan survival dalam kehidupan. Kalau kita susah, tiada yang akan membantu melainkan diri sendiri yang kena berusaha mencari jalan keluar. Jadi pada mana mana posting dan komen menulis mengenai harga ECRL itu adalah valid dan realistik. OK setakat ini dahulu. Jom kita masuk pula bab masakan. 



Saya masuk dapur dan lihat dalam peti sejuk, ada lebihan nasi malam tadi. Saya terus menyediakan nasi goreng kampung dengan menggunakan bahan yang ada dalam peti ais. 

Kalau nak sedap, nasi goreng kampung kena guna sayur kangkung. Lagi satu, kena letak protein macam udang ke atau sotong ke. Baru lah lengkap dan nampak macam nasi goreng di restoran. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….


Nasi Goreng Kampung
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
1 biji telur 
Sedikit kubis - atau kangkung
Garam secukupnya

Bahan tumbuk:
1 biji cili merah 
7-8 biji cili padi
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis

Cara cara: 
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga sedikit garing, masukkan sayur kubis. Kacau rata. 

Ketepikan bahan tumis dan pecahkan telur. Kacau rata. 

Masukkan nasi dan kacau rata. Masukkan garam. Goreng sehingga nasi kelihatan berasap dan melompat lompat, tutup api. 





Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan