Entah kenapa hari ini saya sangat kecewa dan rasa tertipu bila beli nasi kerabu yang didatangkan dari Kelantan kering kontang. Bayangkan pagi pagi hari saya dah order bila nampak ada orang share ada nasi kerabu tumis terkenal di Kelantan dijual di sini.
Saya order 2 bungkus. Tapi terkejut bila anak saya kata kenapa nasi kerabu ni tak sedap. Mama dah pernah makan ke nasi kerabu ni? Saya yang berpuasa IF, terus makan tanpa tunggu pukul 12.00 tengahari. Bila dah digaul, tak ada rasa apa pun. Kalau bela ayam, pasti saya bagi jer ayam makan. Sebab tak ada ayam, saya masuk ke dalam tong sampah.
Adui tak ada budu, tak ada sambal tumis dan daging pun sedikit sahaja. Kalau beli nasi kerabu di sini, daging bakar selambak banyaknya. Sambal kelapa dan ulam tak sepadan dengan kuantiti nasi.
Nasi pun dingin dan keras. Memang lah dingin sebab nasi dah semalaman. Sambal jate biasa berwarna merah. Ini dah hijau suram sehingga bau pun semacam. Anak saya tak nak makan sambal kerana takut sakit perut.
Ada yang tanya apa tujuan saya share. Saya share kerana saya tidak mahu orang lain teraniayai dan menerima nasib yang sama. Kita bayar pakai duit. Duit bukan dipetik dari pokok. Zaman yang ekonomi sangat keras ini, semua orang berbelanja dengan berhemah.
Jadi nasihat saya, kalau rasa tak boleh berniaga dengan ikhlas, tak payah lah nak berniaga di KL. Cukup lah berniaga di Kelantan sahaja. Ramai jer orang Kelantan yang nerniaga di sini walaupun susah nak cari yang sedap seperti yang dijual di Kelantan. Tapi ada jer. OK done marah dan kecewa, sekarang kita masuk pula bab resipi.
Saya memang penggemar masakan Minang atau ada juga panggil masakan Padang. Setiap kali ke restoran nasi Padang, pilihan saya mestinya urat keting, gulai ikan dan daging berlado. Yang lain pun suka juga tapi yang ini yang pasti dicari.
Hari ini saya menyediakan masak lemak urat keting. Serious sangat sedap dan rasanya sama dengan gulai di restoran nasi Padang. Lauk macam ni kalau makan di kedai sangat mahal tau. Harga seketul pun dah berbelas ringgit. Jadi kalau nak makan banyak dan puas puas, berbaloi memasaknya sendiri di rumah.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….
Masak Lemak Urat Keting
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 kg urat keting
2 keping daun bay
5 helai daun limau purut
1 -2 keping asam keping
200 ml santan kotak
Garam
Daun kunyit
3-4 biji cili padi - hiasan
Bahan kisar:
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
7 biji cili padi merah - ikut pedas disukai
2 batang serai
3 biji buah keras
Cara cara:
Rebus urat keting dengan sedikit serbuk kunyit dan garam sehingga lembut. Nota: saya guna periuk tekanan selama 1 jam.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.
Masukkan urat keting dan kacau rata. Masukkan air rebusan urat keting.
Masukkan santan, garam, asam keping dan daun limau purut. Masak sehingga mendidih.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan cili padi sebiji sebiji. Setelah terbit minyak, boleh tutup api.








Ulasan
Catat Ulasan