Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Hari Sukan Sekolah Aliya Hajar Tahun 2026

Azie 31/10/2026 Catat Ulasan



Hari ini saya ingin kongsikan entri yang tertangguh, iaitu Hari Sukan untuk sekolah Aliya Hajar. Ini adalah kali pertama dia menghadiri majlis seperti ini selepas mula bersekolah di Malaysia pada bulan Jun 2026. Semasa di UK, rasanya Aliya tidak sempat menpunyai hari sukan. 



Hari sukan sekolah Aliya diadakan di dalam dewan di Seksyen 7, jadi tidak lah panas seperti mana diadakan di padang terbuka. Selepas acara pembukaan yang diadakan dengan nyanyian lagu Negara Ku dan juga lagu rasmi sekolah, kanak kanak mula mengadakan aktiviti tarian. 



Selepas itu, baru diadakan sukaneka di mana Aliya menyertai dalam 2 aktiviti sukaneka. Seronok melihat anak anak kecil menyertai sukaneka dengan pelbagai ragam. Ada yang menangis, ada yang tidak memahami peraturan dsb. Biasalah budak budak kan. 

Kemudian diadakan majlis penyampaian pingat kepada peserta sukaneka. 



Selepas penyampaian pingat, diadakan sessi bergambar mengikut pasukan. Memang susah untuk mendapat gambar yang mereka semua ready. Jadi asal dapat sahaja lah.




Sebelum beredar, kami mengambar Aliya sebagai kenangan untuk beliau bila besar kelak.  





Dengan itu, berakhirlah majlis Hari Sukan sekolah Aliya untuk tahun 2026. Alhamdulillah dapat melihat pandai bergaul dengan kawan kawannya. 



Semoga Aliya menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat. Semoga dipermudahkan semua urusan beliau. Aamiin. 



Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan