Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Gulai Padang Urat Keting Dan Litar F1 Bahrain Grand Prix Di Sepang

Azie 04/10/2026 Catat Ulasan


Dah lama saya tak menonton perlumbaan F1 tapi sebab F1 Bahrain Grand Prix kali ini dibuat di litar F1 Sepang, jadi saya tahankan mata yang mengantuk untuk menontonnya. Lagi lagi selepas hujan, litar menjadi licin dan perlumbaan akan jadi lebih mencabar. Tapi saya tewas bila akhirnya TV yang melihat saya. 

Saya dah lama tak selsema dan sakit badan, ini baru beberapa hari rasanya berjangkit dengan Husband bila dengar dia bersin dan batuk. Saya pun ikut bersin bersin. Malam tadi saya langsung tak boleh tidur kerana hidung tersumbat dan berair. Kesakitan akan menghapuskan dosa kecil. Insya Allah. Jangan sengaja buat dosa yang terang terangan dilarang dan minta dikecam. 
 
Saya bersama Hubby dan Boy pernah menonton F1 pertama tahun 1999. Iti lah tahun pertama dan tahun terakhir saya menontonnya. Sangat panas sehingga berada di dalam tandas rasa lebih nyaman. Tiada apa yang melindungi kepala. Balik terus singgah di klinik kerana bukan sahaja dapam badan rasa panas tapi di kulit pun panas.  

Tahun itu, tahun di mana Micheal Schumacher memberi kemenangan pada rakan sepasukan iaitu Eddie Irvine. Betul betul di hadapan kami, Micheal memberi ruang untuk Eddie memecut ke depan. Saya pula ketika menyokong team Mercedes Mc Laren, Mika yang menduduki tempat ketiga. Tahun tahun berikutnya, Husband pergi seorang diri dan duduk di Grand Stand seat. 


Saya menyediakan gulai Padang urat keting. Ada juga panggil urat tunjang. Tapi ada bahagian urat yang mengambil masa untuk lembut dan ada yang lebih lembut. Lama lah juga saya merebus dalam periuk tekanan Noxxa. 

Saya belajar resipi dari kawan sekolah saya. Mertua beliau memang berasal dari Padang. Katanya memasak gulai Padang hampir sama dengan masak lemak cili api. Perbezaannya gulai mereka menggunakan bawang dan buah keras. Wajib bagi gulai Padang ialah memasak menggunakan santan segar, tak boleh santan kotak. Kuah gulai ini mesti terbit minyak, baru dikira menjadi. 

Saya memang peminat masakan Padang. Kalau pergi, yang saya pilih mesti lah lauk gulai lemak Padang perut, urat keting dll. Selain itu, saya suka masakan sayuran berlado macam terung berlado. Kalau di Indonesia qda yang jual gulai Otak lembu. 

Tapi dah berusia ni, saya kurangkan masakan berlemak dan mengamalkan intermittent fasting dengan tidak mengambil minuman manis. Hanya minum air kosong sahaja. Memang susah lah juga. Sebab saya memang penggemar teh tarik, teh ais, kopi ais dll. Tapi demi kesihatan kena korbankan selera makan. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….



Gulai Padang Urat Keting
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg urat keting 
2 batang serai - ketuk
500 gram santan segar
1-2 keping asam keping
Garam

Bahan kisar:
1 genggam cili padi - ikut pedas disukai
3 biji cili merah
7-8 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1-2 biji cili kering - jika mahu warna kemerahan

Cara cara:
Rebus urat keting dalam periuk tekanan selama 60 minit. Angkat dan ketepikan. Jika suka, boleh potong kecil ikut saiz yang disukai. 

Masak urat dengan bahan kisar, serai, bersama air rebusan secukup. Masak sehingga air kering dan bahan kisar sebati dengan urat. 





Masukkan santan, asam keping dan garam secukupnya. Masak sehingga kuah terbit minyak dan urat lembut. 



Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan