
Kebelakangan ini saya melihat orang ramai yang taksub. Kalau dulu, nampak ramai yang taksub pada orang politik terutama di musim pilihanraya. Tapi sekarang menjadi pentaksub pada artis dan influencer.
Boleh jer follow dan minat pada artis dan influencer yang memberi manafaat. Contoh mereka memberikan ilmu tak kira lah ilmu dunia atau ilmu akhirat. Ini kalau dilihat ada setengah tu, tak ada apa pun kebaikan. Malahan mereka pula menggunakan follower untuk melariskan perniagaan mereka.
Boleh jer follow tapi tak perlu lah sampai ke tahap taksub. Taksub sehingga jika ada yang menegur idola, akan sanggup memaki hamun tanpa mengira dosa pahala. Sanggup menulis dengan bahasa yang tak sedap dibaca pun, jika ada yang berani menegur.
Pendek kata langsung tak takut dosa demi mempertahankan seorang artis atau influencer. Walaupun secara terang terangan si artis ditegur kerana membuat sesuatu yang memang berdosa. Ini lah yang dikatakan taksub. Hatta pada ustaz ustazah dan orang agama sekali pun, kita tidak boleh taksub. Yang salah, kita tegur sebagai salah. Ok sekarang kita masuk pula bab masakan.
Saya memang dah jemu sangat makan lauk ayam. Tapi saya hari hari masak lah juga kerana anak anak tak suka lauk ikan. Terutama Aween dan Nana, kalau nampak tak ada lauk ayam pasti ditanya tak ada ayam ke.
Tapi hari ini saya layan tekak saya pula. Teringin sangat nak makan nasi berlauk Kelantan. Jadi saya beli 1 ekor ikan tongkol. Kebetulan ada ikan tongkol hitam, kira bonus lah. Saya lebih suka ikan tongkol hitam kerana isinya lebih lembut ala ala tuna. Tapi kalau nasi berlauk Kelantan, guna ikan tongkol putih atau ikan kembung.
Nasi berlauk ni simple jer, ada ikan, ada sayur yang dimasukkan dalam gulai dan yang wajib kena ada sambal. Kira dah lengkap. Wallaa sedap sangat. Jika suka, boleh rebus telur dan masukkan telur rebus ke dalam gulai, pun Kelantanese style juga.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….
Gulai Nasi Berlauk
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ikan tongkol
1 sudu besar garam
4 keping asam keping
Sedikit gula Melaka
Bahan kisar halus:
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
5 hiris kunyit hidup
5 hiris lengkuas
1-2 sudu besar cili kisar
Bahan lain:
500 gram santan segar
1-2 keping asam keping
1 sudu kecil garam atau secukupnya
1 sudu kecil gula
1 batang timun
2-4 biji lada solok
Cara cara:
Rebus ikan sehingga air hampir kering. Biarkan semalaman baru terasa masin dan masam pada isi ikan.

Satukan bahan kisar dan santan. Sentiasa kacau sehingga mendidih.
Masukkan ikan rebus dan timun.

Masukkan asam keping, garam dan gula.
Akhir sekali, masukkan lada solok. Kacau rata dan siap.


Nota:
Jika suka, boleh masukkan juga telur rebus ke dalam gulai.
Makan dengan nasi putih dan sambal Kelantan. Nantik resipi sambal di entri seterusnya.

Ulasan
Catat Ulasan