Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Ayam Masak Merah Dan Kisah Cinta Tun Dr Mahathir

Azie 17/10/2026 Catat Ulasan

 


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kita bersua lagi. Telah hampir 3 minggu rasanya sejak pemergian Allahyarhamah Tun Dr Hasmah. Saya masih tak boleh move on lagi dengan kisah cinta arwah bersama suami, Tun Dr Mahathir Mohamad. Insya Allah saya akan mendapatkan buku arwah sebagai koleksi di rumah saya.

Setiap kali mendengar lagu Misteri Cinta, saya pasti teringatkan kisah cinta mereka. Saya memang memintati lagu lagu Suhaimi Mior Hassan sejak dulu tetapi lagu ini tidak merupakan lagu yang saya nyanyikan bila keseorangan. Lagu yang sentiasa saya nyanyikan ialah Epilog Cinta dari Bromley. 

Datuk Aznil Nawawi telah mencipta lagu istimewa buat Tun berjudul Tun Jangan Menangis oleh Kumpulan K4LAM menjadikan hati sebak setiap kali mendengarnya. Menantu kami, Zulhilmi adalah salah seorang anggota kumpulan ini. Lagu ini pasti akan menjadikan hati bertambah sedih. 

Tun adalah pasangan ideal yang mungkin tiada pada pasangan lain di Malaysia yang seperti mereka. Dengan usia melebihi 100 tahun, mereka masih boleh berjalan dan ke sana sini. Mereka juga menpunyai ingatan yang sangat baik. Tun Hasmah masih boleh bermain violin sehingga ke saat akhir usia. 

Malahan arwah meninggal juga dalam keadaan yang baik. Maksudnya tidak mengalami sakit sehingga pemergian arwah menjadi kejutan besar pada keluarganya. Mereka hidup bercinta dan berkasih sayang serta saling memerlukan sehingga ke akhir hayat. Jadi bait bait lagu Misteri Cinta adalah seolah dailog kisah cinta mereka berdua. 

Beruntung keduanya kerana mendapat cinta sejati. Sama elok dari muda dan masih kekal elok sehingga ke akhir usia. Semoga roh arwah sentiasa dicucuri RahmatNya dan mereka akan ditemukan di jannah. Aamiin. 

Saya pernah berjumpa mereka dan sempat berbual ringkas dengan mereka. Ternyata mereka adalah insan yang sangat baik dan menyenangkan dengan rupa paras yang membuatkan kita rasa sejuk mata memandang. Malahan tidak kelihatan pun seperti orang tua yang berusia lebih 100 tahun. sai enangOK sekarang kita masuk pula bab resipi dan masakan.




Ayam masak merah adalah lauk yang sangat popular dan menjadi pilihan di majlis perkahwinan Melayu. Tapi sekarang dah tak perlu tunggu majlis kawin kerana lauk ini banyak tersedia di restoran yang menjual nasi campur. 

Suri rumah juga menjadikan lauk ini sebagai masakan harian yang dimasak mungkin seminggu sekali di rumah. Tak perlu makan dengan nasi minyak kerana makan dengan nasi putih pun sedap. Dah ada lauk ini, tak perlu lauk lain. Cukup kalau ada ulam timun atau acar timun. Dah lengkap. 

Alhamdulillah hari ini saya makan dengan berselera sekali setelah lebih 2 minggu tiada selera makan. Ayam masak merah sangat sedap dan beraroma. Jom pakat cuba, rugi kalau tak cuba tau. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….



Ayam Masak Merah 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam - saiz sederhana

Sedikit garam

Sedikit serbuk kunyit


Bahan kisar:

1 biji bawang besar

4 biji bawang merah kecil

3 ulas bawang putih

1 inci halia


Bahan Tumis:

Rempah 4 sekawan

1 helai daun pandan

2 batang serai - ketuk 

1 biji bawang merah - dihiris


Bahan lain:

7 sudu besar cili kering kisar

1-2 sudu besar sos cili

1 sudu besar asam jawa

½ keping gula Melaka - saiz sederhana

Garam secukupnya

1 sudu besar gula

1 biji bawang besar Holland - hiris


Cara cara:

Lumur garam dan serbuk kunyit dan goreng ayam dalam 90% masak. Angkat dan ketepikan. 



Menggunakan minyak menggoreng ayam, tumis rempah 4 sekawan, serai, daun pandan dan bawang hiris sehingga naik bau. 


Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga sambal terbit minyak. 

Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan terbit minyak. Masukkan air dan tumis sehingga terbit minyak lagi. Boleh ulang proses ini beberapa kali untuk memastikan sambal masak sempurna. 

Masukkan asam jawa, gula Melaka, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.

Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau rata. Renih sehingga sambal sebati dengan ayam. 

Akhir sekali, masukkan bawang hiris dan buah tomato. Kacau rata dan boleh tutup api.



Nota:
Jika masak untuk kenduri, ayam yang dilumur garam kunyit direbus seketika. Kemudianbaru digoreng. Angkat. 


Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan