Saya nak habiskan stock semasa mengemas barang dapur sebelum balik Malaysia. Sejak kami di sini, setiap kali suami dan anak anak datang, akan bawa bahan masakan dari Malaysia. Jadi memang tak putus bahan untuk buat kuih muih atau masakan. Jadi agar agar ini rasa sama jer dengan agar agar di sana kerana semua bahan pun dari Malaysia.
Mana barang yang tak habis, kami bagi kat kawan kawan di sini. Banyak lah juga bahan masakan yang ada. Itu baru setahun di sini. Kalau lama lagi, tak tahu lah macam mana.
Saya menyediakan agar agar ini kerana bila dah duduk di negara yang cuaca sejuk, perut asyik rasa lapar jer. Bila saya buat agar agar ni, cepat jer habis.
Maklumlah di sini mana ada kuih muih Melayu yang boleh dibeli. Nak makan, kenalah masak sendiri. Ammar dan Aliya pun sekejap sekejap buka peti ais mencari makanan.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…
Agar Agar Sirap Merah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
10 gram serbuk agar-agar
1 liter air
200-250 gram gula pasir - ikut manis disukai
2-3 sudu besar sirap ros
1-2 helai daun pandan - opsyenal
3-4 biji gula batu
Cara-cara:
Dalam periuk, satukan serbuk agar agar dengan air, gula dan kacau sehingga agar agar larut.
Nyalakan api sederhana dan masak sehingga mendidih dan gula larut sepenuh nya.
Masukkan sirap merah dan kacau rata.
Tuang ke dalam loyang dan setelah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah sejuk, bolehlah dipotong. Sedap dimakan ketika sejuk.




Ulasan
Catat Ulasan