Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Wisteria with Hubby 4 may 2026

Azie 18/09/2026 Catat Ulasan


Setelah Aween balik, saya pusing pusing London dengan Hubby pulak. Saya masih ingin cuba mencari bunga wisteria, kalau ada yang baru berkembang. Destinasi saya hari ini ialah ke Nottinghill Gate di mana kami mengambil train dari Bermondsey underground train station ke Bond Street dan tukar ke central line, westbound ke Nottinghill Gate. Keluar pintu north ke arah Portobello market. 

Masa tu line handphone saya ada masalah, jadi citymapper Apps tidak dapat diguna. Sebaik keluar, kami jalan terus sehingga jumpa cafe Farm Girl ke arah Portobello road. Di sini masih ada bunga tapi tak lebat dan warna pun dah tidak lagi ungu. 



Betul lah katanya bunga ini mulai berkembang penuh pada pertengahan April. Silap juga kerana hari tu, saya tak betul betul plan. Asyik sibuk mencari bunga cherry blossom sahaja. Kalau tidak tinggal di London, bukan mudah juga untuk pergi pada waktu yang tepat. Waktu yang bunga betul betul cantik dan berkembang. Insya Allah kalau ada rezeki di masa depan, pasti adalah peluang tu. 

Selepas itu kami berjalan di Portobello Road dan jumpa rumah teres di Denbigh Terrace yang dicat dengan berbagai warna. Ketika itu, ramai orang sedang bergambar dengan berlatarbelakangkan rumah yang cantik itu.  Jadi kami pun singgah bergambar juga. 




Kemudian berpatah balik masuk lorong selepas cafe Farm Girl untuk ke Horbury Mews. Sepanjang ke sini kami singgah bergambar bila nampak bunga bunga yang cantik. Bunga ros yang ini sangat unik. Ketika baru berkembang, ianya berwarna berbelang oren dan merah dan bila lama sedikit ianya bertukar menjadi warna pink dan merah. Bunga yang sama dengan bunga di rumah jiran hadapan rumah kami.



Saya memang akan mengambil gambar bunga dari ianya berputik untuk melihat perubahan warnanya. Sangat cantik. 




Cantik Horbury Mews kalau bunga tengah berkembang lebat dengan warna ungu. Boleh bayangkan tapi tiada rezeki kerana bunga dah tak banyak dan warna pun dah tak lagi ungu terang. 




Di pintu nak masuk pun, ada rumah yang menpunyai pokok wisteria yang cantik. Tapi bunga pun dah tak banyak dan gugur. Kami bergambar sahaja lah kerana pokoknya menjalar dengan cantik. Ada rezeki, bolehlah datang lagi. Selain bunga wisteria, bunga ros juga sudah mulai berkembang di merata rata tempat dengan pelbagai warna dan saiz. 




Berjalan ke Nottinghill, ternampak lorong yang saya singgah dengan Aween masa nak ke Holland Park train station. Kami cross jalan dan bergambar lagi di situ. 



Naik lagi dan ternampak Bedfords Garden. Bila masuk lorong, rupanya banyak rumah yang ada pokok wisteria walaupun tidak besar. 



Terkejut juga sebab di penghujung sekali terjumpa dengan rumah yang saya pergi dengan Aween yang jumpa student dari Batu caves. Lupa tanya nama dia hari tu.


Kemudian berjalan lagi dengan membelok ke kanan dan masuk Sheffield Terrace untuk ke Gordon Place. Lalu pitt street road dan akhirnya jumpa tapi sama juga. Bunga walaupun masih ada tapi dah tak berwarna ungu terang. 



Kami kemudian berjalan ke Campden Hill Road, untuk jalan keluar. Terjumpa dengan rumah no 80 yang saya dan Aween singgah bergambar. Kami singgah dan bergambar di sini. Kenangan dengan Hubby pulak. 

Hari tu tak perasan pula ada bunga wisteria berwarna putih juga di situ. Cantik juga lagi lagi kalau ianya berbunga lebat. 





Kami kemudian berjalan terus dan menuruni jalan sehingga melalui rumah warna warni untuk keluar ke jalan besar. 




Kami menunggu bas di hadapan Mc Donalds yang rupanya tidak jauh dari Nottinghill Gate underground station. Tak besar mana pun, pusing pusing kawasan sama jer. Kami ambil bas no 94 untuk ke Oxford Street. Saya suka naik bas dari train, selain dapat tengok view tak perlu nak mendaki tangga di dalam stesyen. Kadang stesyen lama tak ada escalator atau lift.Dari New Regent Street, kami berjalan kaki ke kedai untuk makan tongue and brisket sandwich.  



Selepas makan, kami berjalan masuk ke Carnaby Street dan singgah di kedai New Era. Hari tu ternampak Fazura dan Enny masuk ke situ. Beli lah satu topi. 



Tunggu bas di New Regent Street. Tapi perkhidmatan bas terganggu kerana adanya perhimpunan. Sempat bergambar di sini dengan background New Regent Street. 


Kami sementara tunggu masuk minum di Five Guys. Tak semua branch halal, jadi hanya minum dan makan kacang tanah jer. Dalam pukul 4.00 lebih baru ada bas 139 untuk ke Waterloo Bridge south bank. Tukar bas no 1 ke St James Road. 

Setakat ini dahulu catatan jalan jalan di London dengan Hubby. Nantikan sambungannya di entri sterusnya. 



Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan