Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Day Trip To Paris 12 May 2026

Azie 23/09/2026 Catat Ulasan




Hari ini saya ingin kongsikan perjalanan kami ke Paris. Permergian kami kali ini menpunyai tujuan yang spesifik, iaitu beli handbag. Alang alang dah ada di sini, kami beli lah sebuah buat kenang kenangan. Kami bertolak awal pagi ke King's Underground station. Kemudian berjalan ke St Pancrass menunggu gate di buka. Kami tiba di stesyen Gare De Nord dan terus mengambil uber ke butik Polene. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. 




Destinasi pertama kami ialah Polene kerana di situ kerana beratur untuk masuk butik. Beratur dalam cuaca sejuk agak mencabar tau. 





Selepas membeli handbag di sini, kami kemudian berjalan kaki ke Gallery la Fayatte. Tak jauh pun sebenarnya. 


Di sini, kami singgah di butik Longchamp. Tak lama pun di sini, kami kemudian naik ke tingkat atas untuk mencari barang yang dipesan oleh Juita. 


Sementara itu, saya pusing pusing lah seorang diri sambil melihat lihat harga parfum. Kemudian ke tengah sambil bergambar. Siling di sini memang sangat cantik. 




Kami kemudian keluar dari Gallery La Fayatte untuk makan tengahari. Restaurant di sini seperti biasa kecil kecil sahaja. Kami memilih untuk makan di luar. Dine ala Parisian Style gitu. Ianya adalah halal. Ada diletakkan di situ tanda halal. 

Sementara menunggu makanan yang dipesan siap, mereka memberikan kami appetiser percuma iaitu tuna sandwich. Serious sedap sandwich ni. 




Kemudian baru di hantar French Onion Soup yang serious sedap. Memang kalau ke Paris, kita kena cuba makanan sini. Bukan sekadar cari makanan Turki yang boleh didapati di tempat lain. 





Saya order Pasta with mushroom dan Nana order chicken roasted. Cuma pasta saya ini, rasanya biasa sahaja. Tapi bila dah lapar dan dalam cuaca sejuk, makan licin juga. 







Saya juga berpeluang menikmati Dessert Tartatin Pie yang dah lama Nana cari. Kalau harapkan saya, memang tak ada lah saya mencari dessert ini. 





Selepas makan, kami mengambil uber untuk ke butik long champ dan nasib baik kerana uber berhenti betul betul depan Longchamp Champs Elysee tanpa kami perlu berjalan. Sebenarnya kami dah kesuntukan masa, jadi perkara ini sangat membantu. 


Kemudian berjalan ke butik Loro Piana. Seperti biasa walaupun di butik besar tetapi koleksi bag sangat terhad dari segi warna saiz dsb. Memang mereka tak buat stock yang banyak. Jadi apa yang dihajati tiada stock. Jadi kami terpaksa membuat keputusan untuk mengambil yang mana satu.






Setelah selesai, kami berjalan ke Champ Eleysee untuk mencari cafe untuk minum coffee dan pastri. Tapi macam tak jumpa yang menarik. Jadi kami ke Laduree sahaja. Tapi coklat terlalu pekat macam tak berapa kena dengan selera saya. 

Kemudian kami ambil uber ke Gare De Nord. Risau juga melihatkan jalan raya yang sesak. Perjalanan dijangka mengambil masa 40 minit. 




Sampai di Gare De Nord, kami terus naik beratur di tingkat atas walaupun kaunter Check in dibuka pukul 7.00 malam. Kami tidak mahu menanggung risiko kelewatan kerana di sini, memang orang ramai. 

Selepas selesai chop passport di immigresen Paris dan immigresen UK, kami terus membuat claim tax refund di kiosk yang disediakan. Sekejap jer prosesnya. Tidak seperti dulu dulu, bila proses dibuat secara manual. Kena tunggu kaunter dibuka untuk chop dan drop borang claim. Sekarang tersangat mudah. Kami solat di ruang menunggu. 




Train kami bertolak pukul 9.09 malam. Saya naik jer train terus tertidur kepenatan. Terasa lama lah pulak nak sampai. Sebab malam, nak tengok view dan scenery pun tak nampak apa apa. Kami sampai St Pancrass pukul 10.30 malam waktu tempatan. Seterusnya mengambil teksi untuk balik ke Lucey Way. 

Ini lah kali pertama saya day trip ke Paris. Biasanya memang tinggal di sini selama beberapa hari. Ok setakat ini dahulu, nantikan entri seterusnya di SINI. Salam sayang buat semua..




Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan