Saya percaya setiap dari kita akan diuji dengan pelbagai ujian kehidupan ada diuji dengan kesenangan dan ada yang diuji dengan kesusahan. Tapi saya yakin setiap ujian kesusahan atau kesakitan didatangkan sekali dengan kesenangan.
Saya juga percaya dengan janji Allah yang kita akan diuji dengan ujian atau dugaan yang mampu kita tanggung. Seberat mana pun, ia pasti kita mampu menanggungnya.
Namun di usia selepas bersara, apa yang kita cari ialah ketenangan hati dan kesihatan diri yang baik. Duit dan harta yang banyak pun tidak dapat membeli ketenangan dan kesihatan.
Jadi perbanyakkanlah berpuasa dan menjaga pemakanan. Banyak penyakit yang kadang memang datang bila seorang meningkat usianya. Antaranya ialah masalah tulang seperti oestrephorosis dan arthritis, masalah jantung dan pelbagai lagi.
Amalkan puasa Intermittent di mana kita tidak mengambil gula dalam menu hidangan seharian. Ianya bukan apa yang kita makan tapi bila waktu yang kita boleh makan. Kiranya kita berpuasa dari mengambil gula dan skip sarapan.
Tidak lupa puasa sunat Isnin dan Khamis. Insya Allah kita akan diberikan kesihatan yang baik untuk membolehkan kita beramal ibadah. Insya Allah. Untuk mendapat ketenangan hati pula ialah dengan membanyakkan membaca Al Quran dan berzikir serta berselawat. OK sekarang kita masuk pula bab resipi dan masakan.
Saya satu masa dulu kemaruk juga dengan nasi Kak Wook tapi lama lama saya dah jadi jemu. Hahaha. Tapi hari ini tiba tiba rasa nak memasak sendiri Nasi Kak Wook ni.
Saya terus mengajak Husband ke pasar mini untuk beli bahan bahan yang diperlukan. Agak lama juga kerana saya membuat video sekali untuk rujukan follower saya yang ingin mencuba.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….
Nasi Kak Wook
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
½ ekor ayam - potong kecil
2 sudu besar cili kering kisar
4 sudu besar serbuk kari ayam
1-2 keping asam keping
½ keping gula Melaka
1 sudu besar garam kasar
½ sudu besar gula
Serbuk perasa Aji
300 gram santan segar
Minyak
Bahan hiris:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan sayuran:
1 batang karot
Kacang panjang
5 biji terung
4-5 biji lada solok
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang dan halia sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan kacau rata.
Masukkan serbuk kari. Kacau dengan cepat dan masukkan sedikit air.
Tumis sehingga terbit minyak dan masukkan air lagi. Tumis sehingga terbit minyak lagi. Boleh ulang proses ini beberapa kali untuk pastikan bahan tumisan benar benar masak dan garing.
Masukkan ayam dan kacau rata sehingga ayam kecut. Masukkan air secukupnya untuk empukkan ayam.
Masukkan karot. Masukkan asam keping, garam dan gula. Biarkan sehingga mendidih.
Masukkan santan dan masak sehingga kuah mendidih.
Akhir sekali masukkan terung dan kacang panjang. Masukkan serbuk perasa dan lada solok.
Sambal Cili
Bahan bahan:
4 biji cili merah
14 biji cili padi
4 biji limau kasturi
½ sudu kecil garam kasar
2 sudu besar gula
Sedikit air masak
Kisar dengan chopper sehingga sederhana halus tapi tidak terlalu halus. Sesuaikan rasa.

Ayam Goreng
Bahan perap:
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
Panaskan minyak yang banyak dan masukkan ayam. Perlahankan api dan goreng sehingga ayam masak di kedua dua belah. Angkat dan tos.

Hidang nasi putih dengan gulai ayam, ayam goreng dan sambal. Selamat mencuba….
Ulasan
Catat Ulasan